Panduan Penggunaan Bread Maker

bread maker,roti
Roti Pandan
Senang ke bila guna Bread Maker?.Nak kata senang sangat tak jugak tapi ia memang memudahkan kerja membuat roti.  Jangan la dok fikir, bubuh je semua bahan ke dalam pastu tekan suis ON..dah habis..Kena ada tatacara yang betul jugak..Silap hari bulan..roti tak menjadi.  Meh sini, Sue Bee nak share cara yang betul macamana nak bubuh semua bahan meroti ni..

Bahan-bahan cecair letaknya kat bawah sekali..iaitu yang pertama sekali kita letak dalam breadpan. Bahan cecair yang biasa digunakan dalam meroti ni seperti air, susu segar dan telur. Tengok betul-betul kedudukan bahan2 yang Sue Bee letak dalam bread pan ni.  Sila jauhkan yis dengan garam,ya..kalau awal sangat 'tercampur', roti tak naik.  Begitu juga dengan kedudukan gula..pastikan kedudukannya berdekatan dengan yis.  Jika resepi roti anda ada guna bread improver, bread softener atau whitening powder, satukan bahan-bahan ni bersama tepung terlebih dahulu. Selamat mencuba!!

Proses menguli..sibuk jugak la SB amik foto..haha!!