Simply Cup Cakes


cute cupcakes
Kemain tajuk entry kali ni. Macam dah berkurun lama dah tak buat kek cawan rasanya.. Baru tergerak hati nak buat sikit. Bahan-bahannya biasa saja..nak bubuh topping cantek-cantek pon boleh dan bergantung pada kreativiti memasing.  Sue Bee suka yang simple-simple saja dong.. Untuk buat hiasan seperti dalam foto tu, anda asing kan sedikit saja adunan kek dan warnakan dengan pewarna pilihan.  Isikan separuh pastu paipkan adunan berwarna ke atasnya..pastu bolehlah dibakar seperti biasa.. Jum kita tengok bahan-bahannya..
kek

125gm Buttercup (guna majerin pon boleh jugak)
80gm gula kastor
200gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur gred A
120ml susu segar Dutchlady
Sedikit esen vanila
Cawan kertas secukupnya

1. Ayak tepung gandum dengan serbuk penaik, ketepikan.
2. Pukul Buttercup dan gula hingga putih berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul diikuti dengan esen vanila.
3. Masukkan sedikit tepung dan susu, pukul rata dan masukkan lebihan tepung dan kacau sebati..jgn pukul adunan lama sangat..
4. Masukkan ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 120C selama 10-12 minit..bergantung pada ketuhar yang anda gunakan.
polkadots cup cakes


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih