Squid Ring



Salam sejahtera semua..harapan agar-sihat-sihat semuanya. Hari tu jenjalan gi CCK, katanya  nak beli ayam je tapi melalut gi beli sotong frozen, besar gedabak saiznya mak oiii!!..3 ekor siap dah buang kulit, tulang dan kepala.  Bila dah besar sangat, kalau nak buat sambal petai sotong, ada kurenglah sikit rasanya,kan..sebab  sotong besar lebih liat, kurang manis dan tebal. 

CCK,squid

Tapi,kan yang eloknya sotong saiz besar ni, kita boleh buat squid ring..goreng garing bhaa.. Tengok apa yang telah Sue Bee lakukan pada sotong-sotong itu...huhuhu!!!.. Untuk salutan luar sotong ni, Sue Bee rujuk resepi mudah salutan luar ayam goreng yang rangup dan sedikit saja bread crumbs, ya.. 

Dah potong, gaulkan dengan telur yang dah dipukul sedikit pastu gaulkan dengan bahan salutan tadi.  Goreng terendam (deep fry), squid ring itu hingga luarannya garing dan kekuningan. Hidangan makanan segera kurang sihat untuk makan petang / malam  Sue Bee sekeluarga..siap ada ayam goreng, jejari kentang, mashed potato..gravy nya tak da dalam foto.  Lupa nak amik..hihi... 

hari-hari makan pon boleh gak..nnngeeeee!!!..
Ni dah kira ala western food pulak dah.  kalau jam makan pukul 5 petang tu boleh dikira sebagai makan malam jugak eh?