Cucur Sayuran Rangup


Tak penat ke makan cucur?.. Nak penat apa, janji sedap..tentu lain sikit sebab dalam resepi cucur rangup Sue Bee sentiasa saja ada baking powder.  Baking powder yang paling bagus yang Sue Bee gunakan berjenama Royal.  Ianya dalam tin merah..klasik wooo... Dari masa kecik-kecik sebesar ibu jari  dah kenal sangat dengan serbuk penaik Royal ni.  Fungsi serbuk penaik ni untuk merangupkan cucur.  Kalau cucur lembik semacam, Sue Bee tak layan sebenarnya..kihkihkih!!..Dasar!!..

cucur
Tak terliur ke bila tengok cucur sayuran yang rangup ni?.. Sayuran yang digunakan dalam tu, senang nak cari kat market.  Untuk sukatan air, kena tengok-tengok adunannya macam mana, ya..Jangan terlalu pekat atau terlalu cair..Kalau cair sangat ia kan meresap minyak dan akan berbentuk leper UFO.. Jika adunan sangat pekat, cucur akan keras, rasa kering dan dalamnya tidak berrongga gitu..So pandai2 la korang adjust airnya nanti..

200gm tepung gandum
1½ sudu teh baking powder
5-10 helai daun kucai – dipotong halus
1 utas kacang panjang – dihiris nipis
½ inci lobak merah – diparut
3 ulas bawang merah – digoreng garing, toskan minyak
2 sudu makan udang kering
Sedikit garam dan serbuk lada putih
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
1.       Campur kesemua bahan-bahan kering hingga sebati.
2.       Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga menghasilkan adunan yang sederhana pekat..jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3.       Goreng dalam minyak yang cukup panas, toskan minyak dan hidangkan.
Nak resepi cucur paling mudah dan ringkas?..Klik di sini..

kuih-muih,sarapan

2 ulasan:

  1. Tengok pun dah menyelerakan cucur sayur ni. Sedapnya bila makan cicah sos...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann, DP..sos cili Thai lagi..hadoii..SB mkn tak hengat dunia sudaaa...

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih