Home made vanilla ice cream

vanilla icecream,buat sendiri aiskrim
Puding roti memang sedap jika dihidangkan bersama aiskrim vanila..Ni resepi puding roti dan aiskrim vanila yang pernah Sue Bee buat..ntah kali ke berapa dah ni..anak-anak suka makan lebih lagi dihidang selepas makan tengahari dan makan malam. Buat sendiri kat rumah,beb!!..Tak payah nak gi supermarket dah kalau nak makan aiskrim..Kompom lepas ni kompeni pengeluar aiskrim gulung tikar..kihkihkih...
abaikan kesengetan yang tak disengajakan ni..
Bahan-bahannya, 2 setengah cawan susu penuh krim kotak (apa-apa jenama), 1 cawan susu pekat manis (kurangkan sedikit pon tak pa), 1 sudu teh esen vanila...dan elemen terakhir yang sangat penting ialah 1 sudu makan ovalette.
Resepi asalnya kita dapat dari rakan FB..dia buat versi oreo..Sue Bee buat versi vanilla saja..yang senang-senang saja.  Lepas ni boleh cuba buat perisa apa-apa saja..hamboiii kemain awak..muahahaaa!!!.. Sukatan yang Sue Bee gunakan ni boleh menghasilkan kuantiti aiskrim vanilla yang banyak,tau..Dah ada bahan-bahan,  kita kena sediakan pengisar..
dah kisar letak dalam bekas plastik
Kisar segala bahan-bahan tu, ya.. Sue Bee amik masa lebih kurang 5-8 minit tapi setiap 2 minit kena rehatkan blender tu..tak pasal-pasal kang rosak blender tu nanti sebab terlebih kerja.. Cawan yang Sue Bee gunakan bersukatan 240ml.. kalau nak guna yang 200ml tu pun boleh jugak. Kira dah habis proses mengisar tu, boleh lah letak dalam bekas plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk bahagian sejuk beku..tunggulah 2-3 jam sebelum di makan. Selamat mencuba!

4 ulasan:

  1. Macam senang je.. Minta izin nak cuba nanti.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. harus di cuba resepi mudah ni, MA..silakan

      Padam
  2. senang je rupanya nak buat aiskrim yer...selama ni saya asyik membeli jer..harus dicuba resepi Sue Bee ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck,DP. Aiskrim sendiri buat, kita boleh kawal kemanisan nya tu.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih