Mushroom Omelette



telur dadar
Sarapan pagi mudah kali ni, Sue Bee menyediakan mushroom omelette.  Senang dan sedap jika dihidang bersama garam dan lada sulah sedikit.  Anak-anak selalu rebquest mushroom omelette untuk breakfast sebelum pergi sekolah.  Tapi sekarang dah cuti, maka berkurang sikit acara menyediakan menu di awal pagi..huehuehue!!.. Buat omelette ni tak semestinya kena guna periuk non stick.  Sue Bee guna periuk cap gajah biasa je..janji periuk leper ni cukup panas (tapi bukan berasap) sebelum anda letak telur yang dipukul di dalamnya, okey.. Nak buat omelette pon mesti ada skill jugak ke?..Tak perlu dan ber skill bagai..janji cukup masak dan sedap di makan..

2 biji telur – dipukul sedikit
1 biji cendawan tin – di hiris nipis
Garam dan lada putih secukup rasa
½ sudu teh mentega

1.Panaskan kuali leper dan cairkan mentega. Kecilkan api, lalukan mentega di seluruh permukaan kuali leper.
2.Tuangkan telur yang telah dipukul dan ratakan. Tabur cendawan di atasnya.
3.Bila sekeliling telur tadi mula mengeras, lipatkan telur (dalam kuali), biarkan masak sebentar sebelum diangkat. Taburkan sedikit garam dan lada sulah di atasnya.

omelette
Lagi resepi mudah untuk sarapan pagi..check kat sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih