Pucuk Paku Goreng Belacan

Hidangan sayur tengahari ni, Sue Bee masak pucuk paku goreng belacan..lalalalaaa...Pucuk paku ni Sue Bee tanam beli kat wet market. Masak lemak??..erkkk!!!..sebolehnya Sue Bee elakkan masakan berlemak-lemak gitu..

pucuk paku muda
Tengok apa bahan-bahan yang digunakan (eleh macam banyak..)
Seikat pucuk paku (ambil bahagian lembut dan pucuknya, ya)
3 ulas bawang putih
1 ulas bawan merah
Setengah sudu makan belacan (Sue Bee selalu letak banyak-banyak..sedap bha)
Garam secukupnya (nak letak sikit pak ajino pon boleh)
 4 biji cili padi (tak letak pon tak pa)
 
1. Cuci dan toskan pucuk paku.
2. Panaskan minyak (letak lebih..kalau kurang nanti pucuk paku lambat masak dan rasa lendir).
3. Tumbuk lumat bawang merah, cili dan bawang putih bersama belacan.
4. Tumis hingga naik bau dan masukkan pucuk paku..gaul kejap. Tutup periuk dan jangan dulu letak air nanti dikhuatiri pucuk paku tak masak sepenuhnya..
5. Bila layu sikit, baru masukkan sedikit saja air dan tambah garam atau pak ajino sikit.  Gaul hingga rata, tutup api dan hidangkan panas-panas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih