Cornflakes Madu Pedas


cornflakes honey
kudapan paling sedap dan mudah

 Selamat bertemu kembali..ni nak share resepi masakan mudah cornflakes madu pedas untuk kudapan, kunyah2 depan tv sambil minum kopi...  Sebelum ni Sue Bee order je dari kenalan. Memang sedap, tapi versi dari dapur Sue Bee ni, tak da campur kacang atau ikan bilis.  Sue Bee tak berapa sangat la kalau ada kacang tanah dicampur dengan cornflakes ni. Bukan kes alahan teruk macam omputeh sampai tak leh bernafas, tercekik, kembang seluruh badan termasuk lubang hidung..ekekkekkk!!!.. Makan sikit je, perut masuk angin..sapa la tahan nak mengeluarkan gas beracun setiap minit..hadoiiyaii..Mungkin betul jugak cakap mak nenek kita dulu-dulu..kacang ni makanan 'berangin' katanya.. Versi paling mudah dan 'malas' kot.. cornflakes madu pedas Sue Bee ni kosong je, janji sos salutannya sedap dan pedas.  Ada gak resepi lain menggunakan sos cili sebagai ganti cili giling. Tapi terpulang pada selera tekak masing-masing,kan.. Selamat mencuba!!..

200gm cornflakes Nestle
50gm mentega
120gm madu
3 sudu makan gula
2 sudu teh cili giling Adabi

1.       Panaskan kuali leper (bulat pon boleh), cairkan mentega, masukkan cili giling dan masak hingga pecah minyak / garing.
2.       Masukkan gula dan madu, kacau hingga gula hancur dan sebati. Tutup api dan biarkan sejuk sekejap dalam seminit dua gitu.
3.       Masukkan cornflakes ke dalam bekas besar, tuangkan adunan madu tadi.  Gaul sebati bahan tadi dan tuangkan ke dalam loyang, ratakan.
4.       Panaskan oven pada suhu 120°C dan masukkan loyang cornflakes tadi dan bakar selama 5-8 minit.
5.       Keluarkan dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Dah gaul sebati, letak dalam loyang dan ratakan cenggini..

4 ulasan:

  1. Ni kalau depan tv tak sedar abis sebalang..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg dah habis pon,mia..tak sedar..korek2 hingga licin.

      Padam
  2. Hi Sue Bee... seronok tengok U masak macam²... nanti bila I ada masa, boleh try..

    BalasPadam
    Balasan
    1. helo, Kina..lagi seronok kalau dapat masak dan makan sendiri..haruslah dicuba resepinya, ya.. :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih