Ikan keli Goreng Cili



keli goreng cili
Menu tengahari paling sedap dan mudah untuk anda buat.  Bahannya cukup-cukup dan biasa biasa saja.  Tak perlu rempah bagai.. Asalkan ada bawang putih dan cili kering bersama ikan kelinya..itu sudah memadai.  Ikut cara Sue Bee ni paling simple, tak perlu blend cili kering.  Kat Giant ada sedia jual dried chili flakes.  Kepedasan nya pon sama jugak kalau nak guna cili kering biasa.  Tak perlu banyak bahan untuk menghasilkan lauk yang sedap, betul tak?..
ikan keli siap goreng..

2 ekor keli – dibersih dan potong mengikut saiz dikehendaki
3 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
2 – 3 sudu makan dried chilli flakes / segenggam cili kering dikisar
Garam/perasa ikut kesesuaian
Minyak untuk menggoreng
Sedikit tepung untuk salutan
1.       Tabur sedikit tepung bagi menyalut ikan keli.  Ini supaya anda tak terseksa bila menggoreng nanti yerrr...tak kena tembak minyak kata orang..
2.       Goreng ikan keli hingga garing dan toskan minyaknya.
3.       Tinggalkan sesenduk dua minyak gorengan tadi dalam kuali yang sama.
4.       Tumiskan bawang putih bersama dried chilli flakes hingga garing dan naik bau.
5.       Kecilkan api, masukkan semula ikan keli goreng dan gaul hingga rata.
6.       Perasakan dengan garam dan pak ajino secukupnya, gaul lagi.
7.       Angkat dan hidangkan bersama nasi panas
kegaringan cili dan bawang putih goreng menambah rasa sedap ikan

8 ulasan:

  1. aduuhhh sedapnya ikan keli goreng cili ni......

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap..bertambah nasik lagi SB, tau..hehe

      Padam
  2. waowww... peberet ni Ikan Keli Sue.. tapi sini susah sikit mo carik ikan keli sue..klu adapun 1 kg smpai rm12...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira mahal jugak lah kalo sekilo rm12..kat sini masih dlm rm7.50 sekilo..

      Padam
  3. Farah tak makan ikan keli SB...he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti kes geli,kot?..hihihi..

      Padam
  4. my faveret ni SB....sambal ikan keli pulak tu mmg suka sesangat tak yah ada lauk lain lagi dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, Okje..SB boleh tambah nasik lagi kalau berlaukkan keli sambal cili ni..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih