Kek Lapis Evergreen

Selamat bertemu kembali dalam blog masakan mudah Sue Bee!!!.. Haruslah bersemangat sikit di awal tahun baru 2014.. kini nak share kek lapis Sarawak yang cukup famous dan glamer lagi sedap (hambooii ayat kemain).. iaitu KEK LAPIS EVERGREEN. Kek ni perisa pandan dan santan, lemak lagi sebab ada horlicks, kaya dan susu pekat manis..Betul2 menyengat. Tengok je foto kek lapis yang Sue Bee hasilkan tempohari ni..amacam lapisannya?..
kek lapis,evergreen,cara buat kek lapis
yummyy!!!..



450gm mentega
160gm gula halus
1 sudu makan ovalette
10 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
340gm susu pekat manis
170gm serikaya
100gm horlicks
200gm tepung kek
1 botol kecil pes pandan koepoe koepoe
100gm serbuk santan
*Griskan loyang 8 inci persegi dan lapik dengan baking paper.

Cara-cara
1.       Krim mentega, gula halus dan ovalette hingga putih dan gebu.
2.       Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul hingga sebati diikuti dengan esen vanilla.
3.       Masukkan susu, serikaya dan horlicks. Putar hingga rata guna kelajuan rendah.
4.       Masukkan horlicks dan tepung kek, pukul hingga sebati.
5.       Masukkan pes pandan dan santan, gaul lagi hingga adunan licin dan tidak berketul.
6.       Panaskan oven, grill api atas dan bawah pada suhu 120°C.
7.       Tuang sesenduk adunan dan bakar hingga masak. Tukar grill api atas saja untuk lapisan kedua dan seterusnya.
layered cake,kek lapis,cara buat kek lapis

2 ulasan:

  1. sedappp..sedappp kek lapis sarawak..lama tak makan ni...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aTie try la buat sebijik..nyaman tok ehh..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih