Kek Lumut

sarawak layered cake,layered cake
Kek klasik Sarawak yang paling mendapat sambutan hangat setiap kali menjelang musim perayaan ialah Kek Lumut.  Memang Sue Bee tak boleh nak nafikan kesedapan kek lumut ni.  Apa tidaknya?..gandingan nestum dan tepung badam (kacang badam yang dikisar halus) menaikkan lagi aroma keenakan kek lumut ni.  Sumber resepi kek lumut yang Sue Bee 100% percayai ialah dari DayangJack..Terima kasih banyak-banyak dan izinkan Sue Bee kongsikan resepinya, ya.. Nak yang resepi original nya, klik sini..


kek lapis sarawak,kek
daku pinjam foto kek lumut kawan punya tapi ini daku buat, okey...
Bahan-bahan (yang ni Sue Bee gunakan sukatan gram..resepi asal guna cawan..)
10 biji telur gred A
450gm mentega
180gm gula kastor
120gm nestum (dikisar halus)
130gm serbuk badam
130gm horlicks asli
130gm tepung kek
2 sudu teh esen vanila
2 botol kecil pes pandan koepoe koepoe
275gm susu pekat manis

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula berserta esen vanila hingga putih berkrim.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul. Masukkan susu pekat manis dan pes pandan. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan nestum, serbuk badam, horlicks dan tepung kek. Gaul hingga kesemua rata dan tidak berketul.
4. Kukus dalam loyang 8 inci selama 4 jam.  Tambahkan air panas ke dalam pengukus jika air kukusan hampir kering.

6 ulasan:

  1. Kek Lumut Sue Bee ni nampak unik
    Tentu sangat sedap
    sambil minum dgn Kopi Ipoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kek paling banyak dapat tempahan untuk musim perayaan lepas,mat som.

      Padam
  2. Pernah rasa kek lumut ni, memang sedap.
    Lepas ni nak cuba buat sendirilah. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haruslah di cuba,Mia..sedap ni tak rugi kalau buat sendiri kat rumah

      Padam
  3. Salam Sue, wah...nak raya cina ni buat kek pula ye? Masa pegi Sarawak dulu ada jg terpandang kek ni tapi tak beli pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kembali..tak pa Zana..amik saja resepi kat atas (kredit kat Dayang Jack)..kita cuba buat sebijik kat rumah,k.. :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih