Lemon Tea Bread

taste of home 2007

Resepi ni dicedok dari Taste of Home 2007 . Asalnya resepi ni guna fresh thyme..mana la Sue Bee nak carik herba omputeh ni?..jadi ada bahannya yang di abaikan sebab takda dalam kabinet dapur.  Sungguh simple cara buat sebab Sue Bee main taruk dalam bread maker Elba..hihihi..Biarkan mesin itu menguli dan mengadun siap bakar sekali sampai hangus..

taste of home 2007



¾ suku cawan bancuhan susu tepung penuh krim (resepi asal guna susu segar)
½ cawan mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
1 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1½ sudu teh baking powder
¼  sudu teh garam
1 sudu makan perahan jus lemon
1 sudu makan parutan kulit lemon
** Sue Bee guna cawan bersukatan 200ml untuk resepi di atas
Kalau malas, sila guna cara Sue Bee, okey.. masukkan kesemuanya ke dalam bread pan, pilih mode CAKE, pastu tekan START..hihihi...

Cara-cara
1.       Krim mentega dan gula hingga putih, masukkan telur dan pukul lagi.
2.       Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
3.       Masukkan susu, gaul diikuti dengan tepung tadi.
4.       Masukkan perahan dan kulit lemon.  Kalau tak da lemon, gantikan dengan Sunkist.
5.       Tuang ke dalam loyang 6 inci (dilapik dengan baking paper)..bakar pada suhu 120-140°C hingga masak.

Serius memang sedap kek ni..lembut dan gebu, amat sesuai dijadikan minum petang bersama teh atau kopi.. tu sebab namanya tea bread, kot?..
taste of home 2007

6 ulasan:

  1. sedapnya. minum petang2 dengan teh di musim hujan mcm ni mmg best. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa dan aroma lemon tu yang menbangkitkan rasa kek..

      Padam
  2. Sedapnya....minum teh atau kopi sambil makan roti ni di waktu petang......nyaman hehe

    BalasPadam
  3. waduhhh sedap nengok bun ituuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jum polah sigek, tie..antar rah kamek sitok..hihi

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih