Sambal Nanas

Entry ke dua dalam tahun baru 2014 selepas entry putus jari semalam.  Dah puas post foto kek lapis Sarawak,?..blum kot..hehehe.  Musim hujan sejuk-sejuk gini elok juga kalau pekena sambal pedas-pedas gitu.  Sue Bee tanam dapat nanas separuh masak ni dari kawan rapat. Disebabkan saiz nya yang gitu comel dan cinonet, nak buat kari nanas pon hasilnya tak banyak, so Sue Bee buatlah sambal nanas.
sambal nanas mudah
Tak terliur ke?...
Nanas separuh masak tadi di potong kecik-kecik cenggini..agak-agak semangkuk cukuplah ya..
Disebabkan nanas tu tak banyak, jadi Sue Bee buat sambal belacan nya sikit je..banyak nya sesudu makan..tapikan, cili padi Sue Bee bubuh 6 bijik semuanya..hahaaa!!!PEDAS LORRHHH!!!..amik kau..nak sangat pedas tek kunun..
buah nanas,sambal belacan
Gaul-gaul hingga rata sambil tu Sue Bee penyekkan sikit-sikit guna alu supaya jus nanasnya keluar sikit so tak lah kering sangat sambal nanas kita tu nanti.. Dah pon siap dan boleh lah di makan bersama nasi panas atau ikan kembung masin goreng..(klik kalau tak  penah tengok ikan kembung masin goreng..)
Nak resepi sambal yang lain.. ada kat sini..



4 ulasan:

  1. Dah kecur air liur tengok sambal nih. Nak cubalah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn..memang kecur dibuatnya..apa lagi, mai la buat semangkuk

      Padam
  2. tengok jer pun dah terliur...aduhai SB..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap dengan kemasaman,kemasinan belacan tu..yummy!!

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih