Swiss Roll Mudah



kek gulung keju
Bab lapis melapis dah habis..ye kerrr?.. ini kisah gulung-gulung lagi.  Swiss roll mudah pertama dalam tahun 2014 dari dapur Sue Bee.. Bukan untuk di jual, okey..hanya untuk santapan daku saja..hihi..Nampak gaya kena practice banyak lagi dalam menghasilkan gulungan swiss yang cukup elok.
kek gulung,kek
Untuk intinya, bergantung pada cita rasa masing-masing..daku lebih suka cream cheese sebagai intinya..yummy!!..sedap banget dongg!!..Selamat mencuba..

75gm tepung kek
3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih telur)
50ml air air
40ml minyak jagung
½ sudu teh esen vanilla
50gm gula kastor
¼ sudu teh cream of tartar

Inti Swiss Roll
125gm Cream Cheese
125gm gula aising
125gm mentega

Cara-cara
1.       Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula kastor dan cream of tartar. Pukul lagi hingga kental dan soft peak.
2.       Dalam bekas berasingan, pukul kuning telur, minyak, air dan esen vanilla hingga menjadi krim (guna whisker / pemukul telur tangan). Kemudian masukkan tepung, gaul hingga sebati.
3.       Masukkan sedikit adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur, gaul hingga sebati.
4.       Adunan kuning telur tadi di campurkan ke dalam lebihan putih telur dan kaup balik hingga bercampur elok.  Jangan terlebih kaup sebab adunan akan mencair nanti.
5.       Tuang ke dalam loyang swiss roll, bakar pada suhu 140°C selama 8-10 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing).
6.       Untuk inti swiss roll, pukul cream cheese, gula aising dan mentega hingga putih dan gebu.
7.       Sapukan pada swiss roll yang telah disejukkan terlebih dahulu dan gulung kemas.
8.       Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dipotong.

cara gulung swiss roll,inti swiss roll

kek gulung,swiss roll

swiss roll cheese

kek gulung,swiss roll

10 ulasan:

  1. swiss roll ni kita suka makan jer SB...buat nda ado...he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli je kat kedai,kan senang crita..lagi kalo dah ada baby ni, masa nak main masak2 kat dapur lagi pendek,tau..

      Padam
  2. sangat sedappp tgk swiss roll tu sue... nak belajar jugakkk...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama jak kita..SB pon baru juak nak blajar golong-golong bha..hehehee..

      Padam
  3. Suka makan swiss roll tapi tak pandai nak membuatnya...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. teksturnya lembut2 gitu,kan..mmg sedap..tak pa Mia, ada masa boleh try buat sendiri nanti :)

      Padam
  4. dtg sini ..hihi..wahh..rajinnyer wat swiss roll..bleh blajar nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks,noor..haruslah rajin buat dan rajin makan,yerr...

      Padam
  5. cara buat dia ada sikit sikit mcm Cotton Japanese cheese cake kan SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama teknik,OKje..cuma ni takde cheese nya..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih