Cucur Udang Kering



Salam sejahtera, ceriakan hari mu dengan sarapan cucur udang kering.  Udang basah mahal,setapak (bahasa Sarawak maksudnya sepinggan,dik) RM10++..itu pon kekadang tak sampai 12 ekor.  Kalau seekor udang letak atas cucur sebijik, hanya dapat 12bijik cucur..haruuu!!.. Nak berjimat katanya, seekor potong dua, dapat la 24 bijik cucur..lagi haaaruuu!!..rasa udang nya ntah kemana..hihihii... Nak sangat makan cucur udang, guna udang kering pon jadik lah.  Tak perlu banyak bahan kalau nak ikut resepi mudah cucur udang dari dapur Sue Bee..okey..

cucur
8 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan udang kering – dikisar halus
Sedikit serbuk kunyit
Air sejuk dari peti sejuk secukupnya
 **Adunan ni sedikit, hidangan untuk dua orang sahaja
Campur kesemua bahan kering sebati dan masukkan sedikit demi sedikit air sejuk sambil di kacau.  Adunan hendaklah sederhana pekat dan tidak terlalu cair.  Goreng dalam minyak  yang cukup panas, angkat dan toskan. Sedap di makan bersama sos cili Thai.
Rangup dan sedap
Baru je join Ann-Kate..

8 ulasan:

  1. aduiii... sedap tok nengok cucur...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jum polah sikit tuk si tumpis kitak iya..

      Padam
  2. mcm best jak tgk pic cucur udang tu....thanks kongsi resepi...nak cuba la nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haruslah dicuba ..mmg sedap dan tak perlu tambah garam sebb udang kering dah sedia masin

      Padam
  3. air sejuk kenapa ye? selalu saya pakai air biasa. Tambahkan rangup dia ke? :)

    ieja
    www.thehealthinspector.wordpress.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. terpulang pada citarasa memasing.. :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih