Kuih Bakar Pandan



kuih muih
 Kuih bakar pandan tak fotogenik dari dapur Sue Bee..heheee...kena praktis banyak lagi.  Tak pa kalau ada mood 'R' datang menjenguk, daku kan buat lagi ini kuih bakar pandan.  Resepi asalnya guna daun pandan tapi Sue Bee tukar guna pes pandan saja..derhaka pada resepi .. Tekstur kuih bakar ni memang lembut, lemak berkrim sebab ada guna santan. Selamat mencuba dan abaikan rupa kuih bakar pandan yang tak lawa tapi sedap ni.

250gm tepung gandum
2 kotak santan Ayam Brand
3 sudu makan pes pandan Koepoe-Koepoe
600ml air
3 biji telur Gred A
200gm gula halus
1 sudu teh garam
2 sudu makan bijan – goreng tanpa minyak hingga wangi

Campur kesemuan bahan di atas KECUALI bijan.  Gunakan pemukul tangan saja pon boleh.  Adunan ni agak cair dan berketul-ketul, so kena bersabar tunggu bintilan tepung tu pecah,..pukul guna whisker perlahan-lahan cukuplah.  Tapis adunan dan tuang ke dalam loyang 8 inci yang telah di sapu minyak.  Bakar pada suhu 150°C selama 45-60 minit (bergantung pada ketuhar anda).  Tabur bijan di atas permukaan adunan selepas masa ke 20 minit.. (ini nak pastikan supaya bijan tak tenggelam).
taburan bijan tak sekata..hihihii...


8 ulasan:

  1. Balasan
    1. mmg sedap sebab perasa pandan dan lemak santan :)

      Padam
  2. aduhhh.. suka nya makan kuih ni Sue... sllu makcik atie buatkan.. tapi masa kenduri2 jak lah baru terjumpa...hehe

    BalasPadam
  3. sedapnya..myhubby suka kuih ni tapi belom pernah cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap..kalo kat sini, SB sorang je yang hentam makan..hihihii..

      Padam
  4. pes pandan Koepoe-Koepoe tu macam mana rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti SB post kan dlm blog gambarnya..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih