Makan hati berulamkan timun

Pepatah yang menggambarkan betapa kecewanya hati..kecewa la sangat2 sebab hari ni Sue Bee rebus hati ayam saja buat lauk..wakakaaa!!..Jangan marah.  Nama nya saja resepi masakan mudah, mudah lah sudah ni, resepi hati ayam rebus.. Hati ayam elok makan sikit-sikit saja dan tak boleh hari-hari..Untuk mommy yang tengah preggy, boleh makan hati ayam ni, takda pantang larangnya.

hati ayam rebus
2-3 ketul hati ayam (bahagian jantung jangan ambik..tak sedap..hihi)
Halia dan  bawang putih secukupnya  -ditumbuk kasar
Hirisan timun
Kicap cair
Sedikit minyak bijan

Rebus halia, bawang putih dan hati ayam hingga masak.  Untuk pastikan hati ayam benar-benar masak, cucuk menggunakan lidi atau garpu kat tengah hati ayam, jika tidak ada lelehan darah keluar, itu tanda nya dah masak.  Hati ayam yang masak juga keras dan berwarna agak kehitaman. Angkat dan toskan. Potong nipis, susun atas hirisan timun dan titiskan sedikit minyak bijan dan kicap cair keatasnya.  Enak dimakan kalau dicicah bersama sambal kicap cili.
Ada juga resepi ayam kat sini, sini dan kat sini..

18 ulasan:

  1. suka makan cecah sambal kicap juga sue.. makan mcm tu jak lepas rebus... sedap tok...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap,kan..SB pon suka juak hidangan cam tok..simple jak

      Padam
  2. Wah tak pernah buat lah Sue Bee... macam nak cuba jer... selalunya akak masak goreng kicap berlada jer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. try buat satu..masakan berkicap dah biasa sangat buat..tak rugi cuba

      Padam
  3. Resepi baru buat kakak ni Sue Bee..
    Kena sambal kicap tu yg buat kakak teringin nak cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi, kak Zakie..makan hati ayam rebus cicah sambal kicap sedap kak..sayurnya dah ada dah, kira seimbang dah tu :)

      Padam
  4. saya dari kecik sampai ke besaq memang xlalu makan hati ni. lembu atau ayam memang tak makan kak. dah cuba tpi memang tak leh nak telan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehee..tak Lieya..lain tekak tak sama..betul ke tak nak cuba?..

      Padam
  5. wak pon sukak makann hati ayam jugakk.,ahHKs

    BalasPadam
  6. Hati ayam ni kan sue bee.. kalau saya akan masak dengan kicap. Dan part yg saya suka yang jantung tu hehehe... kenyal gitu bila di gigit.

    Masakan hati ayam ni saya suka masak kicap sebab sedap sikit mata memandang hahaha...

    Tak pernah try yg rebus mcm ni.. lain kali la saya try test.. tapi sie bee.. rupa dia memang rasa kecewa 'parah' lah.. tak smpai hati nak makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. parah kecewa gitu..hahaaa!!!..kasi dia nampak lawa, Nong taburlah daun ketumbar ke, daun bawang ke pastu titiskan kicap cair..

      Padam
  7. Menu baru ni bagi saya Sue Bee..tak pernah buat lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah!!!..sebab baru jumpa menu baru..tak lah jemu asyik mkn hati ayam kicap je,kan.. :)

      Padam
  8. agak2 guna jantung pisang buat ulam, serasi tak dgn hati tu? hehe barulah makan hati berulam jntung.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak ikutkan pepatahnya..mmg sangat2 sesuai tapi kalau nak makan tak sesuai je rasanya..hihii

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih