Nostalgia buah koko

Selepas 25 tahun, ini lah kali pertama Sue Bee makan buah koko..Mengimbas zaman kanak-kanak dulu (tua nya rasa dah..hihii)..selalu ikut mak gi masuk kebun koko, amik upah mengait buah koko, keluarkan isinya dan jemur hingga kering. Bila dah kering, barulah biji koko ni di bungkus dalam guni dan dijual..
Anak-anak tanya..mama, buah apa ni? Tak pernah tengok la.. Panjang lebar daku nak menerangkan..hehehee..Nostalgia banget bila makan buah koko ni.
Macam ni la rupa dalaman buah koko.  Rasa buah koko ni ada yang masam dan manis.  Kita makan isinya saja, biji koko jangan telan sekali. Tak pasal-pasal tercekik..Hanya ingin berkongsi..sekian dan selamat berhujung minggu.  Hujung minggu biasanya dapur Sue Bee tak mengeluarkan asap.  Sue Bee kasi dapur tu amik cuti rehat..kihkihkih!!..

18 ulasan:

  1. ni nostalgia juga zaman saya kecik, sekarang tak jumpa dah, dulu masa kecik selalu makan buak koko sebab rumah makcik ada ladang koko,tahun 80'an dulu.dah lama sgt tak jumpa ni.sgt nostalgia ni..

    BalasPadam
  2. Ye lah sue bee akak pun lebih 20 tahun tak mkn buah koko ni... masa kecik jer jumpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak jumpa buah ni secara live sekarang ni.

      Padam
  3. Imbas kenangan juga Sue... dulu2 masa kecil pun kami sllu ikut mak pigi kebun koko..mak ambil upah kait buah koko... sedapp bah ni klu mkn mcm tu pun..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak kita zaman ni nak rasa kait buah koko takkan dapat punya kan atie..hehe

      Padam
  4. dulu kat kg ada gak buah koko ni..sempat laa rasa..mmg sedap

    BalasPadam
  5. tak pernah pulak makan buah koko ni sis. dulu selalu tengok pokok nya saja. buahnya pernah la tengok tapi rasa tak pernah pulak. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo jumpa sebijik lepas ni,haruslah dicuba makan..sedap tu

      Padam
  6. Hye, saya suka baca blog awak, saya p0wn ada blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq,dik.nanti akak dtg jenguk blog awak,k

      Padam
  7. Saya tak pernah makan buah koko fresh macam ni...bestnya kalau dapat menikmatinya..
    terima kasih Sue Bee selalu singgah ke blog saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung dpt makan walau sebijik.lepas ni ntah bila lagi nak merasa..nnt SB jenguk n top up sekali utk awak.lani si churpie slalu bertempek kat blog..hehe

      Padam
  8. susah nak jumpa sekarang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ramai yang tanam koko kat rumah zaman ni,kan..

      Padam
  9. mmg nostalgia betul..masa kecik pun beberapa kali je sy makan buah koko..dh berpuluh tahun juga tak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan dah teringat zaman dulu, PG..at least kita merasa jugak makan buah koko :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih