Ikan Sardin masak nanas

jangan dinilai pada rupa, belum cuba belum tau bagaimana rasanya..
Salam sejahtera semua..Masakan mudah yang ingin dikongsi bersama kali ni ialah ikan sardin masak nanas.  Ikan sardin tak perlu yang fresh, buah nanas  pon kalau tak jumpa kat mana-mana, guna saja yang dalam tin. Bahan simple yang digunakan dalam resepi mudah ni senang nak cari..antaranya ialah seulas bawang putih dan garam sedikit.  Untuk nanas tin, toskan airnya dan cuci bawah air paip sebelum di masak.  Guna separuh dari jumlah kiub nanas tu saja pon dah mencukupi.
Memula tu tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan ikan sardin dan hancurkan sedikit, gaul rata.  Selepas tu boleh lah masukkan kiub nanas dan masak sebentar lagi hingga keluar jusnya.  Perasakan dengan garam dan boleh lah dihidang dengan nasi panas.  Masakan simple tapi sedap..tapi bukan dalam kategori resepi orang M..elloooo!!..hahahaa!!!..selamat mencuba.

20 ulasan:

  1. tak pernah lagi letak nenas dalam resipi sardin, nampaknya boleh cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya jumpa resepi sardin campur dengan santan,kan.. :)

      Padam
  2. ok never try before, boleh cuba ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haruslah dicuba, ikut selera tekak masing2,kan

      Padam
  3. Sedapnya Sue Bee... kena cuba jugak sardin dengan nenas ni.. Yummy :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi CH..selamat petang..haruslah dicuba resepi simple ni..pastikan ianya sardin bercili dan bukannya sardin bersos tomato itu, ya..

      Padam
  4. mesti cuba ni. nampak menarik + menyelerakan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak ikut selera tekak SB yang gemar simple2 gitu,mmg ni sedap FMF

      Padam
  5. ni kategori rajin dahtu. sedapker tak boleh nak bayangkan rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq CH..lauk lain daripada yang lain..

      Padam
  6. wah...nmpak sedap...
    Nwawy, jom support GA ida..
    http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/04/simple-1st-giveaway-blog-kisah-kita.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq atas pelawaannya, Ida..SB jenguk blog pas ni,ok :)

      Padam
  7. dengar nama nanas jer dah cair air liur ni....kat rumah saya pun ada stok nanas dalam tin dan sardin. Leh la cuba resepi Sue Bee ni. Saya selalu masak nanas dengan ikan masak lemak atau masak ikan asam rebus dengan nanas....Nanas masak dengan sardin baru pertama kali mendengarnya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sardin tu pastikan yang bercili tu, ya DP..bukan bersos tomato..nak pedas lagi boleh letak pes cili seket..selamat mencuba :)

      Padam
    2. Ooo..patutla Sue Bee tak tambah cili api, rupanya Sarding dah pedas.

      Padam
    3. haaa,kan DP..sarding tu sendiri dah bercili..nak lagi pedas, taruk cili padi segenggam pun tak pa..hihiii

      Padam
  8. Kalau orang M mmg tak masak SB hehe.. Resepi baru ni .....bagus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. A -ah..betul jugak kan, OKje..masak air pon kira ok jugak lah..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih