Kek Batik Marie

"Ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa dan krew anak kapal #MH370. Kesedihan yang tak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya doa mengiringi pemergian mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga tabah.."


kek mudah
Salam sejahtera.  Selamat berhari Selasa semua.. Ni nak share lagi gambar Kek Batik Marie..dapat tempahan dari teman (lagi..)..banyak tempahan mencurah-curah di kala cik Nuffy kedekut nak bagi CPUV bulan ni..majuk lagi..hehehee!!..Tak pe lah bukan rezeki Sue Bee ke arah sana,kan. Terimakasih banyak-banyak pada yang sudi meng order tak mengira siang dan malam..Jum layan resepinya.. Sebelum ni penah jugak Sue Bee buat kek batik marie ni untuk makan sendiri..tapi kali ni, tak boleh nak post mortem sebab ni orang punya wooo...

Biskut marie – patahkan 4
180gm mentega
300gm susu pekat manis
4 biji telur gred A
2 sudu makan serbuk koko Van houten
4 sudu makan Milo

1.       Dalam periuk, satukan mentega, susu pekat manis dan telur.  Pukul sebati menggunakan senduk kayu.
2.       Masukkan Milo dan serbuk koko.
3.       Panaskan adunan atas api kecil, kacau sentiasa hingaa menjadi pekat dan berketul sedikit.
4.       Sejukkan sebentar dan masukkan biskut marie. Gaul rata dan masukkan ke dalam bekas bersaiz 7 inci.  Tekan hingga padat dan sejukkan.

16 ulasan:

  1. Ros pun masih terkejut dengan berita MH370 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul Ros. SB sendiri rasa pilu dan sedih.mereka takkan pulang :-(

      Padam
  2. hurmm sedapp...kek yg paling mudah kot kalau nak buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi KJ..mmg paling senang cuma kna sabar time kacau adunan tu..hihi

      Padam
  3. sedapppnya kek batik sue.... mo buat jugak ni....
    sedih bila dgr perkhabaran MH370...Takziah pada keluarga semua mangsa yg terlibat ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ko hilang wahai atie? Udah seminggu sik da nangga btg idung ktk di blog bha..gi melancong ka?

      Padam
  4. mmh paling simple buat kek batik, IF suka campurkan kacang dan walnut dalam tu..lagi sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap lah kalau ada kacang lagi..yummy ..nak try buat mcm yang IF buat tu..tq :)

      Padam
  5. Nyum2 sedapnya kak sue :)

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq dik.nnt akak jenguk blog awak n topup sekali,k :)

      Padam
  6. Ha... sue. Saya tak pandai masak cake. Cake batik satu satu nya cake yang saya pandai. Wajib buat masa raya. Kawan2 kata sedap.. saya kata inilah cake paling mudah dlm dunia hohoho... setengah jam dah siap!

    Saya kalau buat cake batik tak letak telur...masing2 ada cara sendiri kan..

    Sue, saya harap ootak hitam di temui segera.. tapi lautan hindi terlalu bergelora.. :(


    Nong andy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai tu kalo dpt buat kek batik..lepas ni boleh buat kek span..kek nombor 2 paling senang nak buat..NA,kita mmg sentiasa mharapkan berita itu palsu,sukar utk diterima SB walaupun tiada anggota keluarga yg terlibat

      Padam
  7. Kesukaan anak2 tp suami x bg buat selalu katanyer nnt kecik2 dah kena kencing manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Cho..kek ni mmg manis tapi kalo dikurangkan sukatan susu nya, kan tak menjadi la pulak

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih