Kuih Baulu



Resepi kuih klasik yang paling sedap..Kuih Baulu. Ada yang gelar kuih boulu, kuih bahulu..semuanya sama tapi beza pada nama saja.  Percubaan kali pertama Sue Bee,  takda ACUAN BAULU..sobsobsob!!. Sue Bee guna acuan tart telur lagi.. Sila ketawa ramai-ramai.  Dah jadi kebiasaan kat dapur Sue Bee,  kalo tak da kelengkapan bagai, guna saja la benda yang ada.  Hasilnya sama jugak hebakkkk cam juga acuan tembaga tu.

200gm gula
5 biji telur gred A
200gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu teh esen vanilla

1.       Pukul telur hingga kembang .  Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus dipukul dengan kelajuan tinggi  selama 10 minit.
2.       Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
3.       Masukkan esen vanilla  dan minyak masak.  Gaul dengan spatula hingga rata.
4.       Sediakan acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan masukkan separuh adunan ke dalamnya. Bakar pada suhu 150°C selama  15 minit atau bergantung pada oven masing-masing.  Guna api grill atas dan bawah.
acuan tart yang glamour..

first time buat adunan baulu..kena practice lebih lagi lepas ni :)

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. tuk bekfes tu wak..silakan..jgn malu jgn segan amik sebijik saja tau..hehe

      Padam
  2. sedap...nampak bentuk pun menarik..macam kuih apam

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap kuih klasik ni KJ :)

      Padam
  3. kena pukul lama kan kak klo nak buat bahulu. pakai telor itik lagi lembut dari telor ayam tapi telor itik hanyir la sikit.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu dik..kalo guna telur itik,kna banyakkan sukatan esen vanila :-)

      Padam
  4. Suka sangatm kuih baulu nih. Makan cicah dengan air kopi pekat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan FMF..mg sedap walaupun klasik katanya..

      Padam
  5. Rajin..rajin.. saya nak makan tau tpt nak belijer

    BalasPadam
    Balasan
    1. SB kena serangan angin R seluruh badan ni..hihi

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih