Sambal belimbing buluh

**Masih mengharap agar pesawat MH370 ditemui selamat bersama penumpang dan anak anak kapal. Daku setia menunggu setiap perkembangan terkini. Bersama kita mendoakan yang terbaik untuk mereka :(
Salam sejahtera..Soalan cepu emas dari Sue Bee..Bila tengok belimbing buluh, nak masak atau buat apa?..Rasa yang masam kecur air liur daku..sesuai sangat kalau buat sambal.  Sambal belimbing buluh yang Sue Bee buat ni guna cara goreng, tambah air sikit saja pastu masak hingga belimbing buluh tu lembik dan kuahnya jadi pekat..
segar dipetik dari pokok depan rumah
belah cenggini, cepat masak,cepat dimakan
ikan bilis,cili dan belacan
tumbuk lumat
Sediakan kuali, panaskan minyak (lebihkan sedikit), goreng sambal tumbuk tadi hingga naik bau dan masukkan belimbing buluh. Kacau rata, tutup periuk..anda boleh tambah air sikit-sikit supaya belimbing buluh tu cepat lembik dan hancur.  Tambah gula dan pak ajino secukup rasa.. Masa yang di ambil untuk menggoreng sambal ni agak lama, so anda kacau-kacau selalu bagi mengelakkan ianya hangus.
taadaaaa!!..makan dengan nasi panas memang sedap!!

34 ulasan:

  1. Balasan
    1. hi, AM..mmg sedap mkn dengan nasi panas :)

      Padam
  2. emm, menarik jugak. kalau saya selepas tumbuk bhn2 rencah dia, last sekali campur belimbing tu dan tumbuk, sedap jugak..cuba lah
    btw, sy bw sini dan follow :)
    http://sweetmemories4u.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq, KB..mmg SB akan cuba cara tu jugak nanti

      Padam
  3. sedapnye...tetiba meleleh air liur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. errrkk..Mama Ila..hehee..sabar2 yer..godaan makanan tu..

      Padam
  4. bibir tengak melepuh..tengok yang masa2 gini terus rasa sakit..hehehe
    tapi tu la, sedap ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Zee..okey apa kata awak cuba kumur mulut guna bactidol 5-6 kali sehari..sambil tu gosok sikit kat bibir melepuh tu..mesti akan sembuh

      Padam
  5. kmk pandey makan belimbing tok ngn sambal kicap+garam+cili jak hehehe sb kmk sik mkn belacan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. doii!!..apa sik makan belacan??alergik ka?..sik hal,ciciah kicap garam pon nyaman..alu ngilu rasa gigi mek...hahaa

      Padam
  6. Sue Bee..dah cair dah air liur dalam mulut. Dah terasa masamnya belimbing buluh ni. Selalu saya masak ikan lemak cili api dengan belimbing buluh. Masa mengandung anak pertama pulak saya boleh makan belimbing buluh ni cicah garam je. Sekarang ni saya lihat memang banyak belimbing buluh. Kat pejabat ni pun ada juga. Saya lah yang rajin ambik buahnya untuk masak lemak cili api.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebakkk makan cicah ngan garam yerr..kat kch pon sama jugak, agaknya musim belimbing buluh,kot?..pejabat awak ada tanam pokok belimbing jugak?..hhrrmm..untung badan boleh petik kalo rasa nak makan,kan DP

      Padam
    2. Pakcik tukang kebun di pejabat sayan rajin bercucuk tanam. Saya la yang ambik hasilnya.. Ada pokok mangga, rambutan, betik, manggis, daun pandan, kedondong. Pejabat saya ni dah macam di dalam dusun pulak. Kalau buah-buah tu tunggu pakcik tukang kebun ambikkan la...kitaorg makan ramai2.

      Padam
    3. Masa mengandung anak sulung saya memang suka makan benda yang masam-masam. Belimbing buluh ni saya boleh makan cicah garam jer. Sedapnya la rasanya. Bila belimbing buluh takde, saya suruh hubby belikan limau kasturi. Saya makan cicah garam juga. Poket baju penuh dengan limau. Kesana-kemari hisap limau kasturi...tapi masa mengandung je la. Habis mengandung hilang dah semua tabiat tu.

      Padam
    4. hahadoi..dashyat jugak time DP pregnant..kalo SB dulu2 mkn samboi merah saja.preggy time ni mmg tekak kekadang minta perasa xtreme selalu..

      Padam
  7. Masa kecil2 dulu selalu jumpa belimbing buluh ni Sue..tapi skrg mcm susah sdh mo jumpa... kawan pernah bagi dibuat sambal belacan...nyum...terliurrr...:)
    Pray for MH370

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersama kita berdoa untuk mh370 juga..ktk gi wet market kch..byk jual dah kenek tok..hihi..sedap bha..

      Padam
  8. belimbing buluh..buat masak lemak dengan udang pon sodap...teliuq la tengok sambal belimbing buluh sue bee..pembuka selera ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi RH..SB blum try masak lemak buah ni..lemak2 masam ke rasanya tu?

      Padam
  9. Tak pernah buat camni.Kalau beli belimbing buluh ni wat masak lemak jerr

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya PG..Resepi masak lemak buah ni SB blum try masak..lepas ni gi petik lagi..

      Padam
  10. Bolehlah kakak cuba SB sebab rumah kakak tengah banyak belimbing bawa dari kampung tapi belimbing kakak warna kuning. Yg hijau masih kecik-kecik lagi...

    Nampak sedaplah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. agaknya mudim belimbing buluh sekarang ni kan kak..lat tempat SB byk sgt org jual dah..kalo yg masih hijo lagi masam lagi sodapp

      Padam
  11. Sedapnya SB! Kecur air liur tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap masam belimbing buluh ni FMF..yummy!

      Padam
  12. belimbing buluh, ada belakan rumah aku, tapi aku x pernah makan. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap tu reena..cuba try buat sekali sambal..sayang tau kalau ada tapi tak makan..hehee

      Padam
  13. kecur aik liur!haha..dolok masa kecik2 suka mkn buah tok bila nampak kuning2 cm ya..masammm..!heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaa!!gik kecik ney kira rasa apa barang makan..bna sik?..masam pon ditelan..sama juak kedak kamek..

      Padam
  14. Sedapnya ,tapi buah belimbing ni dah semakin pupus di semenjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah!!..biar betul ni TL..maybe kat kpg2 je yang ada tanam,kan..

      Padam
  15. Memang tak pernah buat....kalau buat mesti okje sorang yg makan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. gitu..cik somi tak makan sambal masam ke?..

      Padam
  16. salam, kami ada menjual sambal belimbing ini,jika berminat, anda boleh order dengan kami.anda boleh lawat fb kami : https://www.facebook.com/profile.php?id=100004567245037 atau blog kami siblinghomemade.blogspot.com

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih