Sambal Ikan Salai

Rezeki hari Sabtu lepas, jiran merangkap SIL Sue Bee bawa buah tangan dari Saratok iaitu ikan salai..yeeaayyy!!..Terima kasih yerr..lenkali boleh kasi lagi.. Paling suka ikan salai sebab baunya sedap, pastu terus terfikir apa yang patut dibuat dengan ikan salai seekor ni..hihiii..tak lain tak bukan, Sue Bee buat sambal ikan salai.  Tak payah gi cari smoked salmon bagai, tempat sendiri pon lagi banyak orang jual ikan salai, tau!..
Ikan salai yang baru lagi ni, isinya masih putih sikit dan lembut..bauan asap kayu tu yang buat ikan salai ni special
Sue Bee tak tau ni ikan apa..hhrmmm...agaknya seekor camni berapa RM,ya?..
Ambil isinya saja, ketepikan tulang-tulang dan kepala ikan tu.  Masukkan ke dalam pengisar kopi dan tambah berapa banyak cili padi..Sue Bee bubuh 5 biji saja..tu pon dah cukup pedasss..
Kisar halus-halus kemudian campurkan dengan air limau asam..yummyy!!..sedap kalo dimakan begitu saja atau bersama nasi panas-panas.  Mudah saja,kan dan selamat mencuba :)



6 ulasan:

  1. Balasan
    1. hello anum..selamat pagi hari Isnin :)

      Padam
  2. simple je campur cili padi.. tapi kalau makan dengan nasi panas, mahu menambah ni. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau tak pa RR..tak yah cakap, mmg bertambah nasik SB dibuatnya..hihi

      Padam
  3. selalu ikan salai saya makan jenis keli atau belut banyak kat medan, Indonesia...digoreng cili..tak pernah tengok ikan salai dlm gambar u...boleh test cara u nih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi Bitt..ikan salai mcm kat foto tu byk terjual kat Sarawak..kalau keli atau belut yang belum penah SB jumpa..haruslah dicuba,simple saja tu..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih