Sayur cangkuk manis goreng telur


lauk sayur cangkuk manis

Masakan sayur cangkuk manis mudah sangat nak buat.  Sue Bee tak buat masak lemak..kan berlemak2 bersantai di tepian badan ni nanti..hehee..Kalau takda Maggi cukup rasa, bubuh garam pon dah cukup.  Yang penting, jangan amalkan selalu makan cangkuk manis lebih lagi yang menghidap darah tinggi..

Seikat cangkuk manis – ambil daun dan pucuk, diramas halus
2 biji telur
2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
1-2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

1.Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
2.Pecahkan telur dan kacau hingga separuh masak.
3.Masukkan daun cangkuk manis, gaul sebati lagi hingga layu sedikit. Campur sedikit air jika agak kering.
4.Perasakan dengan Maggi cukup rasa. Angkat dan hidangkan.

Tips untuk menghasilkan lauk sayur cangkuk manis yang sedap ialah cuci dulu, lepas tu daun nya haruslah diramas hancur , jus dari daun tu manis  dan jangan dibuang..sedap jika dijadikan kuah sayurnya.  Selain tu, jangan guna minyak lebihan gorengan..guna minyak yang belum penah digunakan untuk memasak sayur dan lebihkan sikit kuantitinya. Untuk rasa lebih lemak, guna telur lebih dari sebiji.  Masukkan sayur ketika telur masih kelihatan separuh masak (sentiasa dikacau bagi mengelakkan telur berbintil besar-besar dan kering)..
ngintuk sayur cangkuk manis

18 ulasan:

  1. Sedap nya sayur pucuk manis ni Sue Bee...
    Rajin anak tolong sue bee di dapur ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. si adik tu semua benda orang buat dia nak buat jugak..

      Padam
  2. cangkuk manis masak campur labu kuning pun sodap! tapi paling sedap mun campur telur lah hehe
    #kmk plg sik suka ngintuk daun cangkuk haha silap2 ada batang skali masuk dalam ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaaa..bok nya ngan btg sekali dimasak..hahaa!!..sayur kampung tok nyaman bha

      Padam
  3. jap cangkuk manis ni dengan cekur manis ni sama ke ek??? terfikir jap SB....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cekur manis??rasanya spesis lain kot?..bila di google image, bercampur la pulak si cangkuk n si cekur ni..hhrrmm

      Padam
  4. kalau saya memang masak lemakjeler.. tak boleh terima yang lain.. tu yang lemak berkrim/...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lemak berkrim sikit tak pa la Cho..janji mana yang sedap, itu yang daku telan

      Padam
  5. betoi la kan
    nureen mmg x leh mkn byk sbb angin 1 badan hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan sekali sekala je boleh,kan Nureen..

      Padam
  6. Masakan popular org Sarawak,sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,TL..mana2 tamu kat Swak mmg ada jual sayur ni..sedap,tau..

      Padam
  7. sy baru ni tahu sayur cangkuk manis ni tau SB..nampak sgt tak kenal sayur pelik2.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. errkkk..PK..biar betul ni..selamat berkenalan dengan sayuran cangkuk manis..hehe

      Padam
  8. Cangkuk manis dengan pucuk manis tu sama sepisis kan Sue Bee.?
    Masa kecik2 dulu emak saya masak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama tu..taktau la kenapa ber'cangkuk' jadinya..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih