Sayur Campur Kobis, baby corn dan tomato


mixed vege
masak tak sampai 4 minit dah boleh makan :)

Masakan sayuran mudah, sesiapa pun boleh masak. Boring dengan sayuran hijau, beralih lah kepada sayuran yang tak berwarna.  Korek-korek peti sejuk yang sedia kosong, jumpa lah sebungkus baby corn, lebihan kobis manis dan sebiji tomato.  Tak perlu masak lemak,nak ooii..kan nanti bertambah lemak2 di pinggiran pantai.. Untuk masakan mudah sayur campur ni, potong semua sayuran tu.  Tumis seulas bawang putih yang ditumbuk lumat (Sue Bee ketuk guna pisau dapur hingga hancur..ekekekkk!! ), masukkan kobis manis dan baby corn serentak, gaul, tambah air sikit supaya tak kering sangat. Bila nampak layu sikit, masukkan potongan tomato, gaul lagi dan masaklagi  seminit.  Taburkan Maggi Cukup rasa, gaul dan hidangkan terus panas-panas.  Hidangan ni bukan setakat mudah, tapi lebih menyihatkan. Sekian.  Lepas ni daku pergi bercuti, blog pun bercuti agaknya.Kalau sempat menghupdate kan jugak masa cuti ni.Nak tau Sue Bee pergi mana?..Nanti kita kasi tau..

22 ulasan:

  1. memang senang nak masak ni kan SB... sekejap jer dah siap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu FW..kita campur apa yang patut,sedap lah jadinya

      Padam
  2. simple menu ni..sedap..jarang gak masak lemak kat umah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg simpe ZS..kalau SB lauk masak lemak susah nak diterima tekak ni

      Padam
  3. makan gitu jer untuk yang nak berdietpun sedap dan kenyang...

    BalasPadam
  4. lama xmakan sayur cmpor cm ni kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi lieya..jum try buat sepinggan..

      Padam
  5. simple...sihat & senang mo masak kan sue...suka sy sayur mcm ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann..nyaman iya Atie..simple jak

      Padam
  6. Balasan
    1. Helo CE..haruslah dicuba resepi simple ni

      Padam
  7. Terima kasih singgah blog yer.Walaupon simple tp sedap :)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. biasanya masakan simple macam ni lebih menyihatkan,kan DP

      Padam
  9. SALAM...numpang lalu
    jalan2 mau cari menu ape yg sedap tuk lunch to day...:))

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal DO..cari lah menu yang ada kat sini..dipersilakan :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih