Bebola Donut

Salam sejahtera..Dah lama tak update blog,..bersawang siap ada lelabah black widow menjenguk..jadi mcm hutan simpan california pulak dah..Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog Sue Bee yang masih kelam kabut ni.  Actually, kabel tepon kat area Sue Bee kena curik lagi tempohari..pastu modem tenet hangus kena kilat lagi..pastu, celcom berukbeng kita dah nak abis kouta..lembab mengalahkan cikciput sedut..hadoiyaiii...bertimpa-timpa pulak rezeki bila dapat tempahan kek dari kawan dalam seminggu ni memang banyak..Memang belum ada masa sepenuhnya untuk bergolek-golek depan lappy sambil bw.. Back to the donut, uoollsss..
Bosan dengan bentuk donut?soalan apakah ini ..Jawapan daku..YAA!!..apa kata sekali sekala selalu pon tak pa..tukar bentuk donut skema kita kepada bentuk bulat.  Mudah saja nak buat bentuk bulat ni..Sue Bee tak kepal-kepal sebab dikhuatiri nanti, isi dalamnya tak masak selepas digoreng.  Anda hanya perlu terap dengan cookie cutter bentuk bulat.  Bila di goreng ianya automatik menjadi bebola. Senang saja,kan.  Sebelum ni Sue Bee pernah buat cara kepal-kepal bentuk bulat..tapi setelah digoreng, bahagian dalam nya masih mentah tetapi garing di luar..Lenkali guna cookie cutter bentuk bulat, lagi senang..hihiii!!!.


250gm tepung gandum
5gm yis Mauripan
25gm mentega
½ sudu makan shortening
1 sudu makan gula
1 sudu makan susu tepung
1 biji telur – dipukul sedikit
¼ sudu teh garam
90ml air suam

1.       Dalam mangkuk besar, satukan yis, mentega, shortening, gula, susu tepung dan air suam. Kacau dan tutup mangkuk selama 10 minit.
2.       Masukkan telur, garam dan separuh tepung gandum, gaul guna sudu hingga sebati.
3.       Masukkan lebihan tepung kemudian uli dengan tangan hingga menjadi doh tidak lekat pada tangan dan mangkuk. (doh akan sedikit lembut, jangan di tambahkan tepung)
4.       Atas papan canai, tabur sedikit tepung dan canai doh kemudian terap menggunakan cookie cutter berbentuk bulat. Buat hingga doh habis.
5.       Goreng dalam minyak banyak dan cukup panas.  Biarkan sejuk sedikit kemudian salut dengan gula aising.


pemandangan dari atas Hotel Mingood..cuaca elok untuk jenjalan

22 ulasan:

  1. Nampak sedap.... Kalau ada kelapangan saya nak try le..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat mencuba..asalkan ada biscuit cutter yang bentuk bulat, boleh buat..

      Padam
  2. Yum..yum.. sedapnya bebola donat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebiji sekali ngapp je tu Nong Andy..hihi

      Padam
  3. Dh lama dh tingin sgt nak wat donut tp smp sudah xwat2 lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi Falsya..ada masa sikit boleh try buat,ya..senang je tu

      Padam
  4. wahh..bagus jugak buat bebola donut mcm ni kan... lain dr yg lain sue.. mo makan pun berselera...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Atie..biasa bentuk donut skema, bebudak pon naik boring tengok..

      Padam
  5. senang nak makan..tinggal menganga jer...terus ngappp..

    BalasPadam
  6. Lama dah tak buat donut...mcm teringin nak buatlah SB...anak dah pun menyebut tu,...boleh gak try ni
    Eh SB awak OKje tag tau....kalau nak join joinlah yek....http://hainomokje.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. makaseh byk2 OKje..seminggu dua ni agak kalut sikit rutin bw SB..nnt SB jenguk,ea..

      Padam
  7. Balasan
    1. feveret SB sepanjang masa ni, Bitt..sedap wehh

      Padam
  8. hi sue bee...

    semua sedap2 la...

    jom singgah di http://fazianbatrisyia.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-ciksu.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Helo..tq sbb jenguk SB..nnt kita jenguk,k

      Padam
  9. Sedap lah plak tgk bebola donut tu. Dah lama tak buat donut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada masa boleh try buat seketul,Fiza..

      Padam
  10. sodap sgt ni minum ngan kopi panas..adeii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Imie..mmg sedap sbb kalo ikut resepi ni,hasilnya mmg gebus

      Padam
  11. bukan sebarangan labah2 tu. black widow lgii. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann athirah..akak blum jugak ada masa nak update blog bersawang ni..bw kejap2 saja boleh..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih