Biskut Nanas

Salam sejahtera blogger dan pembaca sekalian alam.  Ni nak share resepi percuma yang sedap dan comel hasil pembelian acuan biskut murah..Kesan atas biskut tu, Sue Bee guna pencucuk biskut khas. Kalau tak da, guna toothpick atau garpu tajam pon ok..guna je apa2 saja yang ada kat dapur tu dik..
Dalam pada daku sibuk menyediakan tempahan biskut nanas ni, daku pon kena curik masa buat minions cookies ni jugak..cuti sekolah ni tadi penuh dengan acara besikutttt..Mau tidaknya kena Sue Bee sediakan sebanyak 150 bijik si minions comel lote ni atas permintaan kenalan dan kawan..Penat belakang kira lebih lagi kalau buat benda yang memang Sue Bee minati..cayalahhh!!..Jum tengok resepi biskut nanas..


biskut raya,biskut mudah

125gm mentega
60gm gula aising
1 kuning telur
100gm tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Jem nanas kering – dibentuk bulat-bulat terlebih dahulu
1.       Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanilla hingga kembang dan ringan.
2.       Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.  Uli dengan tangan hingga sebati dan tidak lekat pada tangan.
3.       Ambil doh sedikit, leperkan dan isi dengan jem nanas yang telah dibentukkan bulat.  Kepal dan buat bentuk seperti bola.  Tekan permukaan menggunakan garpu tajam sebagai hiasan.
4.       Bakar pada suhu 140°C selama 12-15 minit atau bergantung pada ketuhar masing-masing.
5.       Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara.

dah siap packing..foto kabur sikit..hihi


12 ulasan:

  1. Salam Sue..
    wahhh cantik biskut tu sue... comel jak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. good morning Atie..comel pun kena makan juak ahernya,..

      Padam
  2. Rajinnya sue bee nilah.. pastu kreatif sgt.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq,CH..tu yang org panggil..keras tangan.hihi

      Padam
  3. Biskut nenas ni memang faveretlah. Kalau raya mesti cari. Kalau tak raya, jumpa pun melahap tak ingat dunia :) Comel alahai minions, tak sampai hati rasanya nak masuk tekak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap biskut nenas ni MD..biasa yang kita jumpa kan versi gulung2 gitu..yang ni versi simple dan mudah.minions cookies tu sesuai buat doorgift :)

      Padam
  4. Kalau dah rajin mmg tak boleh kata apalah....hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. rajin idak dah memang minat..hihihi..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih