Kek Coklat Keju Kukus

Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam..Ni tunai janji hari tu ..share resepi kek coklat keju kukus.  Minta perhatian kejap..saiz kek coklat keju kukus yang Sue Bee buat ni kecik saja..guna loyang 6 inci persegi.  Bebalik jumpa resepi yang guna sukatan cawan.  Daku ni leceh sikit kalau tengok resepi guna sukatan cawan..ye laaa,..cawan kita orang Malaysia ni banyak saiz.. ada 150ml, ada 200ml, ada jugak 240ml atau 250ml..Mana satu nak pakai?? Kompius tahap gaban daku, tau..Jum intai resepi kejap..

kek sarawak,kek lapis sarawak


Bahan lapis coklat :-
2 biji telur gred A
200gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
120ml air panas
130ml susu cair
120ml minyak jagung
170gm tepung gandum
3 sudu makan serbuk koko

Bahan lapis cheese:-
250gm cheese Philadelphia
60gm gula halus
1 biji telur gred A
1 sudu makan air
1 sudu makan tepung gandum

Cara-cara
Lapisan Coklat
1.       Ayak tepung gandum dan serbuk koko, ketepikan.
2.       Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla, garam kemudian susu cair, minyak jagung dan air panas.
3.       Putar sebati kemudian masukkan tepung yang telah diayak. Gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
Lapisan Cheese
1.       Putar krim cheese dan gula hingga sebati kemudian masukkan telur.  Putar rata dan masukkan tepung dan air. Kaup balik hingga sebati.

Cara mengukus
1.       Sediakan pengukus, griskan loyang 6inci x 6inci dan lapik dengan baking paper.
2.       Setelah air kukusan mendidih, kukus lapisan pertama coklat selama 30 minit atau hingga masak.  Pastikan loyang di tutup dengan foil bagi mengelakkan air kukusan menitik atas kek.
3.       Setelah lapisan coklat tadi masak, lapiskan dengan adunan cheese. Kukus lagi selama 30 minit.
4.       Untuk lapisan ketiga, tuang adunan coklat terakhir dan kukus lagi selama 45 minit.  Biarkan kek benar-benar sejuk sebelum di keluarkan dari loyang.

Sekian.. Walaupun anda baca tengok step by step nya tu tersangat panjang berjela..tapi percaya lahh..punya la senang nak buat, dik..selama mencuba..(kalau tak sedap, boleh rujuk kat sini untuk resepi asalnya..)



20 ulasan:

  1. Rajin sungguh. Boleh buat stok bulan puasa ni :)

    BalasPadam
  2. Sodapnya Sue Bee.. dah lama akak tak buat .. nanti nak buat lah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haruslah CH..senang saja nak cari bhn kek nya..boleh buat kek untuk raya nanti

      Padam
  3. bleh buat lebih skit dak nak rasa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saja Montana..kita kluar gi beli bahan kek dulu ehh..

      Padam
  4. Kakak tengok kuihnya pun dan menarik apa lagi kalau dpt merasa sedapnya SB:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau tak pa,kak..krim cheese philadelphia paling sesuai jika dibandingkan dengan jenama lain

      Padam
  5. Confirm sedap ni SB...yelah cheese campur coklatkan....mesti lemak lemak kecoklatan gitu kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg la sedap, OKje..jum try buat satu

      Padam
  6. boleh masuk list tuk raya nanti ni kan... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi cik Atie..harus dicuba..senang je buat tu

      Padam
  7. Kek coklat ngan cis mmg sedap...nampak sekata jer lapisan cis n coklat tu.Cantik n kemas jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq PG..sebelum di masukkan ke dalam periuk kukus tu, hentak-hentak sikit loyang kek supaya tiada gelembung udara dalam adunan kek.

      Padam
  8. dh buat..mmg sodap terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaaa..tahniah dik Fieda..akak la yang selalu org last sekali try resepi..hihihii..

      Padam
  9. Balasan
    1. haruslah save dulu..esok2 dekat raya boleh try buat sebijik kan PB

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih