Kek Lapis Holiday Inn

kek holiday inn bakar,layered cake,joy of bakings
Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam.  Semenjak akhir-akhir ni kemain ligat post entry kek dan biskut.  Daku nak share idea biskut dan kek untuk anda, tu saja.. Ni kek lapis Sarawak (lagi).. Holiday Inn versi bakar.  Sue Bee google resepi kek Holiday Inn, ada yang campur dengan jem nenas..???..errrkkk!!.. Masuk ke tak rasa nanas ke dalam adunan lemak berkrim seperti kek lapis Holiday Inn ni?.  Sue Bee tak berani nak cuba. Kang semacam je rasa, sapa nak makan? Kan rugi dahhh.. Jum salin resepinya.

250gm mentega
100gm gula halus
1 sudu makan ovalette
6 biji telur gred A
160gm susu pekat manis
100gm seri kaya
100gm tepung kek
1 sudu teh esen vanila
80gm milo
80gm horlicks

1.Satukan mentega, gula dan ovalette. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih berkrim.
2.Guna kelajuan rendah, masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul rata diikuti dengan esen vanila.
3.Masukkan susu pekat manis, serikaya dan tepung kek. Pukul lagi hingga sebati.
4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. 1 bahagian di campur dengan milo dan 1 lagi dicampurkan dengan horlicks.
5.Griskan loyang 6x6 inci dan lapik dengan baking paper.
6.Bakar selapis adunan milo menggunakan api atas dan bawah selama 5 minit pada suhu 130C atau bergantung pada ketuhar masing-masing.
7.Untuk lapisan kedua, bakar adunan horlicks dan guna api atas saja.  Buat selapis-selapis hingga habis.

Tips buat kek lapis:-
1. Pastikan adunan yang telah dicampur semua bahan tidak berketul-ketul.
2. Sebelum proses membakar kek, panaskan dulu oven anda dalam masa lebih kurang 20 minit gitu.
3. Selepas membuat adunan, sebaiknya rehatkan dulu adunan kek lebih kurang 10-15 minit. Lepas tu bolehlah dibakar atau dikukus.
4. Kek lapis Holiday Inn ni boleh juga dikukus tapi abaikan ovalette.
5. Kek lapis lebih sedap jika anda guna tepung kek dan bukannya tepung gandum

20 ulasan:

  1. Kenapa Holiday Inn,mungkin bertingkat2 mcm hotel tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaa..ntah la.ni kena tanya orang dulu-dulu, dari mana dorang dapat nama special ni,kan..

      Padam
  2. nyum2 woww menarikkk sungguhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap..selamat mencuba..

      Padam
    2. Sue buat satu kita mau rasa heh heh heh

      Padam
    3. iye montana..besar sungguh permintaan mu itu..hahahaa!!

      Padam
  3. sangat cantik lapisannya suebee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Ann..harusnya banyak bersabar kala melapis kek ni

      Padam
  4. lapisannya mmg ctk..sama byk je..kemas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq fieda..SB guna senduk sukatan berukuran 100ml.kalau main sudu-sudu makan tu selalunya tak sama banyak

      Padam
  5. Cantilah kekek SB buat tu.
    Tip rehatkan adunan sekejap kakak baru tahu tau. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ur welcome,kak. langkah tu penting supaya milo/horlick benar2 larut. lepas direhatkan boleh la dikacau sebentar menggunakan sudu atau senduk sebelum dibakar :)

      Padam
  6. sedapnya...tapi kalau buat kek ni macam tak berani tengah2 mengejar masa...heehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Bitt..paling kurang pun masa diperlukan ialah 3 jam tu..

      Padam
  7. rajinnya SB melapis. saya rajin makan je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..rajin melapis, SB lagi rajin makan,tau..

      Padam
  8. Ohhhh kalau rajin boleh buat masa raya nanti ....tp rasanya mcm tk rajin jer SB sebab berlapis lapis tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. OKje..adunan milo dan horlicks tu boleh disatukan dan kukus selama 3-4 jam..

      Padam
  9. Sue Bee..mmg rajin melapis kek Sarawak. Kalau tak rajin melapis kek bukan Sarawakian la jawabnya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa..tak jugak la..yg penting semangat nak mkn kek lapis tu kena ada..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih