Tart Nanas dan Tart Coklat

Salam sejahtera.. Ni la hasil dari acuan biskut murah yang Sue Bee beli hari tu.  Saiznya agak besar dan coraknya memang cantik!!.. Resepi kat bawah nu adalah resepi ciplak dari belakang pembungkus acuan biskut murah ni.  Okey apa rasanya..sedap dan bila dah masak tu, kaler kuning keemasannya menyerlah kerana penggunaan tepung kastard kat situ.. Saja kongsi idea untuk sekalian alam bagi persediaan raya tak lama lagi.  Musim Gawai lepas, biskut ni yang daku buat, tau...hihiii...

cookies,biskut raya,biskut bunga,idea biskut raya
Tart Nanas..sila guna jem nanas kering..

biskut raya,cookies,idea biskut raya
Tart Coklat..Sue Bee guna cokla masakan Nona

125gm mentega
60gm gula aising
1 kuning telur
100gm tepung gandum (+20gm lagi)
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Jem nanas (kering) / coklat masakan (dicairkan)

1.       Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanilla hingga kembang dan ringan.
2.       Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.  Uli dengan tangan hingga sebati dan tidak lekat pada tangan.
3.       Canai doh setebal 5mm dan terap guna acuan. Letakkan di atas tray yang dilapik dengan baking paper.  Isikan dengan jem nanas di atasnya.
4.       Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150°C selama 15 minit atau hingga masak.
1.     Untuk isi coklat masakan, doh yang telah di terap mestilah dibakar hingga masak, barulah di letak coklat masakan yang telah dicairkan ke atasnya.  Tunggu hingga coklat mengeras, barulah boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

terapan acuan yang cantik..lalalalaaa...


14 ulasan:

  1. sue, saya ambik resepi ni ye...nak cuba buat jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan AI..selamat mencuba,ya..

      Padam
  2. wahh... sue.. memang nampak cantik dan pasti sedap kan... boleh lah cuba mo buat nti dengan Pa'e... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi Atie..ko terap guna acuan biskut biasa juak boleh..

      Padam
  3. Balasan
    1. hi Anum..haruslah dicuba resepinya nanti

      Padam
  4. nak cuba buat menjelang puasa ni.. tak payah membazir nak membelinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan aizamia3..boleh jimat lagi kalo buat sendiri kat rumah

      Padam
  5. Tat cokelat tuh yg paling menarik minat..sedapnyeeee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh lah try buat tu Falsya..senang terap

      Padam
  6. Balasan
    1. mmg sedap, ianya rangup dan cair dlm mulut..

      Padam
  7. Masuk tak tart campur coklat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg ngam.kena guna coklat masakan dan lama tunggu coklat tu keras, baru leh simpan

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih