Biskut Ceri Cornflakes

cornflakes cookies
Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam.  Kembali bersiaran dengan entry biskut.  Kali ni nak share resepi biskut ceri cornflakes.  Biskut mudah dibuat kalau dekat-dekat musim perayaan gini.  Bahan biskut pon senang nak cari kat supermarket.. Untuk resepi biskut ceri cornflakes ni, Sue Bee penah buat entry KAT SINI.

110gm Buttercup
15gm shortening / lelemak sayur
40gm gula aising
½ sudu teh esen vanilla
¼ sudu teh garam halus
145gm tepung gandum
15gm tepung mung green bean (hoen kwee)
25gm tepung jagung
25gm badam kisar
25gm susu tepung
50gm cornflakes – ditumbuk kasar
Potong ceri – secukupnya
Papercup bersaiz kecil – secukupnya

1.  Satukan Buttercup, shortening, gula aising, esen vanilla dan garam halus, pukul sebentar hingga sebati.
2.   Masukkan tepung gandum, tepung mung, tepung jagung, badam kisar dan susu tepung.  Uli sebati hingga membentuk doh.
3.    Bentukkan ke bebola kecil, salut dengan cornflakes kisar dan letakkan ke dalam papercups.  Hiaskan di atasnya dengan potongan ceri.
4.    Bakar biskut pada suhu 120ºC selama 10-14 minit (bergantung pada ketuhar yang anda gunakan).
      5.    Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kann...memang senang nak buat biskut ni.  Dengan tekstur crunchy sebab penggunaan shortening dan salutan cornflakes hancur..memang sedap..tak rugi kalau anda cuba resepi biskut ni. Sekian

14 ulasan:

  1. Sedapnya. Mudah rupanya cara bak buat biskut ini. Nak kena cuba juga nanti macam ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg mudah. haruslah dicuba, ye Manggis :)

      Padam
  2. SB kalau buat kuih apa pun cantik dimata kakak.
    Comel dan menarik

    BalasPadam
  3. Elok cantik macam ceri tu SB.. nak buat tengok macam banyak pulak bahan nya .. dah mood akak nak buat biskut tahun ni lemau jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pa CH..lemau-lemau, kita gi men tunjuk saja la,kan..

      Padam
  4. simple mcm biskut suji hehehe
    rasa mcm dh mls nk membakin tp x tau la kot last minit nanti hihiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg perlu ada angin rajin kalau nak buat biskut,kan Nureen..

      Padam
  5. Nampak sedap sgt sue... simple, mo buat pun senang kan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat satu tuk raya ni, Atie..kasi lebih sikit boleh kirum gi kuching..hihi

      Padam
  6. Nampak sedap. Pandai Kak Sue Bee buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih AM..harus dicuba resepinya tu,ya

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih