Cornflakes Madu Pedas



cornflakes madu
Salam sejahtera blogger dan pembaca sekalian alam.  Hari ni Sue Bee share resepi paling mudah dan senang di alam semesta.  Sapa tak penah makan atau masak cornflakes madu pedas, boleh la cuba resepi ni.  Mudah saja dik, oii.. sebab resepi yang daku buat ni tak da guna kacang atau ikan bilis.  Tanpa kehadiran kekacang tanah goreng atau ikan bilis yang masin tu, cornflakes madu pedas ni tetap sedap.  Duduk bedango depan tv sinun, sebalang nang abis di telan, sik sedar..hehehee!!!...Selamat mencuba..

200gm Nestle Cornflakes
50gm mentega
120gm madu (lebihkan sikit pun boleh)
3 sudu makan gula
2 sudu makan sos cili Maggi

1.Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masukkan gula dan madu. Gaul rata.
2.Setelah gula larut, masukkan sos cili dan kacau rata.
3.Biarkan sejuk sebentar sebelum di masukkan cornflakes. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang. Kalau nak letak dalam papercup kecik pon boleh.
4.Bakar pada suhu 120°C selama lebih kurang 5-8 minit.
5.Keluarkan, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

22 ulasan:

  1. ni sedap ni. makan tak berhenti dibuatnya :)

    BalasPadam
  2. aish nampak sdp la kak..mudah plak tu

    BalasPadam
  3. selalu buat biasa2 je...tahun ni bolehla buat untuk pedas pulak...terima kasih berkongsi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke MA..try buat sikit..kepedasan tu boleh adjust supaya sesuai dengan citarasa

      Padam
  4. lain ni.. mcm keropok pedas ek..
    tak pelik ke rasa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. elo PB..itu cornflakes biasa saja..lebih kurang la keropok pedas namanya..hihi

      Padam
  5. pestime ni tahu sue bee..lain dari yang lain..mesti sedap ni krup krap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap..kalau SB pon sebalang tak sedar mkn habis..hehee

      Padam
  6. hai SB baru sempat singgah sini,sedapnya SB cornflakes tu kalau rangup pun dah layan,ni pulak ada madu dan spicy.. buat lebih skit ya SB mai pos ke IF buat kueh raya hokeyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan IF..nnt SB tengok ada tak lagi cornflakes lebihnya..kita kirim kat awak..hihiii..

      Padam
  7. cornflakes pedas???..mcm sedap je..

    nie boleh wat kudapan time tgk tv nie..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sesuai sgt jadi kudapan sambil nengok tv ni Falsya..

      Padam
  8. wahhh...belum pernah makan cornflakes madu pedas ni sue.. sllu tok kamek makan yg biasa tu, manis... boleh cuba ni nanti...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukar selera kejap Tie..kelak2 mun dah muak pedas, tukar ke cornflakes manis gik..

      Padam
  9. Boleh dicuba ni SB.. nampak macam sedap tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. elo CH..harus dicuba..krupkrapkrupkrap depan tv..hahaa!!..

      Padam
  10. Bagus resepi ni SB...selalunya manis jer kan....ha tahun ni buat dua dua manis ada pedas ada....fair and square hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kann..sebab kekadang ada selera tetamu yang suka manis,ada yang nak pedas..bagus tu buat 2 jenis sekali gus..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih