Kek Lapis India / Cadbury Layered Cake

layered cake
Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam.  Dah start ke projek biskut dan kek?.. Sini Sue Bee nak kongsikan resepi kek lapis cadbury simlpe. Kecoh seketika bila isu coklat cadbury tidak halal timbul. Whatever..letak coklat kokojelly bulat-bulat saja lah kalau tak mo guna coklat cadbury tu. Warna asal kek lapis cadbury ni sebenarnya kuning.  Sue Bee tukar selera sikit denan kalernya tu..kita guna kaler hijau pulak kali ni.  Rasanya tetap sama, okey..cuma warna saja yang tukar..Terima kasih banyak-banyak DJ..awak memang pakar  kek lapis..

bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur 
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. 
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. 


16 ulasan:

  1. wahh...menarik lah kek lapis India ni sue... nampak pun sodap..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik n sedap sbb ada rasa lemak santan n lemak coklat tu

      Padam
  2. wah nampak sedap..tapi bunda tak sanggup lagi nak buat sendiri...kalu jumpa nak beli jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, bunda..lama proses nak buat kek lapis ni..

      Padam
  3. err..Mai skit boleh dan2 rasa lapaq ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. esok2 je bagi ye..bagi tengok foto saja pon okey..hihiii

      Padam
  4. mmmm kak sedappp nampak :) terliuq dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa lagi dik..jum try buat satu,boleh?..

      Padam
  5. kek sarawak, kalau teringin nak makan beli je setakat ni. tak pernah try buat sendiri lagi.. thanx share resepi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ur welcome RR..SB paling suka tengok resepi kat blog dayangjack..lagi ori..

      Padam
  6. byk ye pakai telur..
    ishk2..
    kena beli je nak makan...macm leceh ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg byk guna telur sbb guna loyang besar tu..itu pon kena guna telur gred A..*pinksan*..

      Padam
  7. boleh gantikan dengan coklat lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut citarasa masing2, dik. tapi rasa original nya tu kompom la hilang. :(

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih