Kek Lumut Kukus

kek lapis sarawak,kek kukus,kek perisa pandan
Salam sejahtera blogger dan pembaca sekalian alam.  Kembali ke udara dengan resepi kek Lumut Kukus. Salah satu kek Sarawak yang sangat popular bila masa ada musim perayaan.  Abaikan lubang-lubang kecik atas kek tu, dik.  Resepi kek lumut kukus yang Sue Bee buat ni memang bersaiz kecik molek semuanya..tak da yang bersaiz besar kebaboommm,cik jahh..  Dalam foto kat atas tu, daku buat adunan untuk kek saiz 6 inci pastu adunan di bahagi dua lagi.  Dapat la 2 biji kek lumut kukus..Saiz kecik cam ni sesuai kalau nak dibuat doorgift atau makan sendiri. Jum intai resepi kejap..FYI, sukatan dalam resepi kat bawah tu adalah untuk saiz kek 8 inci.

10 biji telur gred A
450gm mentega (kalau guna planta, kek lebih berminyak dan tak sedap)
180gm gula halus
120gm Nestum (dikisar halus-halus)
135gm serbuk badam
130gm horlicks
130gm tepung kek
2 sudu teh esen vanila
2 botol kecil pes pandan koepoe-koepoe
275gm susu pekat manis

1.Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga putih.
2.Masukkan telur satu-satu sambil terus dipukul sebati.
3.Masukkan pes pandan dan susu pekat manis.
4.Masukkan bahan-bahan kering lain seperti serbuk badam,horlicks,nestum dan tepung kek.
5.Gaul hingga betul-betul sebati dan tidak berketul.
6.Tuang ke dalam loyang yang dilapik dengan baking paper dan kukus hingga masak.

Tips membuat Kek Lumut Kukus
1.Pengukus kek hendaklah disediakan lebih awal dan kukus kek bila air benar-benar mendidih.
2.Jika perlu tambah air kukusan, masukkan air yang sedia mendidih dan bukannya air paip (sejuk).
3.Tutup loyang kek dengan foil bagi mengelakkan air kukusan menitik ke atas kek.  Kalau nak alas penutup pengukus dengan tuala bersih pun boleh jugak.
4.Api kukusan jangan terlalu kuat nanti permukaan kek bergelombang dan tidak sekata.
kek perisa pandan
buat sebijik untuk memenuhi tempahan kawan

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Anum penah cuba tak kek ni?..mmg sedap

      Padam
  2. Kek lumut ni mmg sedap ... boleh try nanti ni :)

    BalasPadam
  3. Dah lama nak cuba kek lumut kukus ni Sue Bee tapi belum berkesempatan.. nanti nak buat juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat mencuba,CH..nanti boleh post gambar kat blog bila dpt buat,k..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih