Vanila Cupcakes dengan topping buttercream

Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam.  Belum pon sejuk ketuhar, katanya nak bagi ketuhar cuti setengah hari..ekekeeekkk!!!..yoolaatuu..
Ikut cakap resepi, kalo dia cakap isikan adunan 2/3 ke dalam papercup, jangan nak memandai isi penuh-penuh.  Kalau nak cupcakes anda terbeluek keluar dari acuan, sila lah buat. 
Elok kejadiannya..tahniah pada ketuhar tu.  Cuma untuk resepi ni, Sue Bee kurangkan sukatan gulanya..dah kurangkan masih gak manis banget..hhrrmm..!!
Buttercream ni tak manis.  Nak ikut resepinya, dia guna gula aising. Tapi tiap kali Sue Bee buat buttercream yang ada guna mentega, susu dan gula aising, rasa macam berpasir lah pulak.  Mana silapnya eh?. krupkrapkrupkrap bunyi kat gigi..ishhh!!!.. Nanti Sue Bee share buttercream yang tak manis..rasanya lemak2 gitu. Vanila cupcakes tu dah sedia manehhh, jangan lagi la ditambah manis kat frostingnya tu..Diabetes dik oiii!!...Tunggu tau hingga habis rancangan ni, ada resepi untuk frosting nya..yolatuuu!!..
Buat masa ni, Sue Bee belum lagi pass sangat bab paip-paip buttercream.  Semua main sapu je dik..hahaa!!..Tak kesian ke?. Apa pon, vanila cupcakes di atas nu bukan untuk dijual sebenarnya.. Segan lah woii daku jual vanila cupcakes dengan frostingnya yang tak cantik..hahaa!!.. Ni sebenarnya untuk anak ahkak..bawa gi sekolah untuk kengkawan dia.  Sehari lepas tu siap ada kawan pesan kat dia suruh bawa lagi cupcakes tu.. Untuk resepi vanilla cupcakes ni, Sue Bee cedok dari ahkak yang memang terror memasak..
Terimakasih banyak-banyak..memang sedap!!..
 Untuk frosting, Sue Bee guna 100gm mentega tanpa garam + 100gm shortening + 3 sudu makan susu pekat manis = pukul hingga ringan dan putih. Kalau nak cair sikit, boleh tambah susu pekat manis sesudu lagi,k.. Sekian.




10 ulasan:

  1. Rasa mcm nak pindah jer jadi jiran SB tu....agaknya dpt tk kek free hari hari hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus jugakkan idea Okje..kat sini jenjiran kita pokok kayu besar-besar mmg banyak..hihii..

      Padam
  2. Tengkiu for the buttercream recipe... Macam best je.. Tak sabar nak try!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ur welcome kina..guna shortening ok apa..pastikan kina guna mentega tanpa garam

      Padam
  3. simple juga cara buat nya sue..boleh lah cuba juga nti.. pasti sedappp ni sbb kawan anak suruh buat lg tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Atie..benda simple cam ni yang lebih sedap sebenarnya

      Padam
  4. cantik jugak kejadiannya lepas letak cream dekat atasnya sue bee, nampak sedap je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Ann..boleh gak cover permukaan cupcakes tu sikit,kan..

      Padam
  5. Rupa tak penting siss, yg penting rasanya sedapppp hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Wa..haruslah sedap..bebudak mmg suka benda mcm ni

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih