Butterscotch Cake Covered with Fondant

how to make fondant,resepi kek butter
Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam.  Ni projek terbaru Sue Bee..memain dengan fondant dan hasil keras tangan tahap dewa .  Kek ni saiz kecil saja.. 2 inch x 6 inch. Rupa je kecil tapi bila daku timbang berat..1kg++ !!.  Berat sebab fondant tu sebenarnya.. Banyak lagi teknik yang perlu dipelajari..
Untuk resepi kek, Sue Bee sertakan sama kat sini sebagai rujukan bersama :-
125gm mentega
225gm tepung gandum
3 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
secubit garam
150gm gula halus
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh butterscotch flavour
**Panaskan ketuhar anda sebelum membakar kek

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga putih berkrim dan masukkan telur satu satu sambil terus dipukul.
2. Masukkan susu pekat manis dan perisa butterscotch dan pukul ringan.
3. Ayak tepung, garam dan baking powder. Kaup balikkan tepung ke dalam adunan mentega telur tadi hingga sebati.
4. Lapik loyang kek dengan baking paper dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau terpulang pada kepanasan oven masing-masing.

Untuk resepi marshmallow fondant.. RUJUK SINI . Sekian

14 ulasan:

  1. weweee...kecik tp cute!mesti nyaman!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni dalam 4-6 orang makan, cukup.. :)

      Padam
  2. alahai, cute.. sayang je nk mkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, MizzTina..dah ditakdirkan untuk dimakan jugak lah

      Padam
  3. Cantiknya SB.
    SB memang kreatif bab-bab macam ini
    Suka tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Kakzakie..banyak lagi kena SB belajar tentang fondant ni

      Padam
  4. kek fondant memang cantik dilihat tapi makan nya manis sangat kan kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Lieya..tapi kalau homemade, kita boleh kurangkan sukatan gula dengan menambah sukatan tepung jagung jika suka

      Padam
  5. wahhh..cantik lah sue.. kamek lihat tu mcm org professional buat..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Atie..pas tok bnyk gik mok di belajar pasal fondant

      Padam
  6. kalau pandai buat mcm sue..
    boleh buat kek aniversary hujung minggu ni..
    mmm..
    dah tgok resipi marshmallow foundant tu.., mcm x reti plk nk cr benda tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rancangannya mmg begitu la PB. untuk memudahkan tu, elok beli yang sedia ada di bakeri.. RTR (ready to roll) fondant. :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih