Choco Moist Mini Cupcakes with buttercream frosting

cara buat buttercream
Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam. Belum habis lagi meng cupcakes..Choco Moist cupcakes bite size seperti ni sesuai untuk dijamu bersama lebih lagi untuk bebudak.  Saiz papercup yang Sue Bee guna kan adalah yang biasa untuk biskut..kecil saja,kan.  Untuk resepinya, daku ambil dari blog Kak Ita Masam Manis . Terima kasih banyak-banyak..suka tengok blog dia ni, tau..


CHOCOLATE CAKE MOIST

Bahan A
300gm tepung gandum
100gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
*Bahan A disatukan dan ayak

Bahan B
3 biji telur gred A
350gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu pekat manis

Bahan C
250ml susu cair
250ml minyak jagung/minyak masak

Bahan D
250ml air panas

1.       Pukul telur hingga berbuih,masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih. Masukkan minyak dan susu cair. Pukul lagi dan masukkan susu pekat manis.
2.       Masukkan bahan ayak sedikit2, kaup balik guna spatula hingga sebati.
3.       Adunan yang di kaupbalik di tambah dengan air panas.  Gaul hingga rata.
4.       Masukkan ke dalam paper cup dan bakar pada suhu sesuai.
5.       Boleh juga dibakar dalam loyang berukuran 8 inci atau 2 loyang 6 inci

 Untuk frosting buttercream :-
100gm shortening
100gm krimwell
Air gula pekat secukupnya

Cara buat
Pukul semua bahan di atas hingga kembang dan putih. Kalau adunan terlalu lembik (terlebih air gula) tambah krimwell. 
krimwell
Untuk buttercream frosting, daku lebih suka guna shortening berbanding dengan mentega/butter.  Kalau guna shortening, frosting lebih putih.  Lagi satu kalau guna butter, ianya rasa lebih berminyak-minyak dan sedikit lembik gitu.  Tapi bergantung pada citarasa memasing. Nak tukar shortening kepada mentega pon boleh jugak.  Sekian.

9 ulasan:

  1. Betul tu klu cream yg guna butter tu rasa lain betul ... berminyak2 rasanya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Mia..SB lebih gemar guna shortening.

      Padam
  2. mmm dapppp3... kak.. selamat hari raya ... sori lambat wish ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohooo.. Lieya dah dtg dah..selamat hari raya,ya

      Padam
  3. Yang tak ada dalam rumah ni serbuk coklat aje SB.... so macamana nak buatnya....nak belinya maleh le pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukar ngan serbuk badam..jadilah cupcakes badam..kannn

      Padam
  4. huuu memang terbaik lah ..sedap tul kelihatannya

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih