Daging Masak Hitam Mudah

masakan mudah
Salam sejahtera blogger dan pembaca sekalian alam.. Ni nak share tips mudah nak masak daging.  Daku ni masak daging bukan reti sangat pon..Kebanyakan resepi yang daku guna ni, bak kata orang main rasa-rasa saja.  Sukatan?..mak aiii!!..lagi haru nak cakap apa pon tak tau..hahaa!!..Rempah ratus tak perlu banyak guna.  Cik ahkak OKje, dah habis rebus daging tu ke?..Abaikan kehitaman yang melampau tu, ya..rupa belakang kira yang penting sedap. Untuk rempah tu, daku kisar halus-halus segala bunga lawang, bunga cengkih dan  biji pelaga. Sila guna pengisar kopi,okey. Lumur sukahati letak bahan kisaran tu pada daging (lebih kurang 200gm) yang dah di potong nipis. Letak tepi dulu, pastu boleh lah blend 2 biji bawang holand, 2 biji bawang merah dan 2 biji bawang putih, guna sedikit air untuk memudahkan kerja mengisar tu.
Panaskan sedikit minyak (banyak pon takpa) masukkan bawang kisar tadi, gaul kejap pastu masukkan sesudu teh pes kari ..Bila dah naik bau sikit, boleh lah masukkan daging tadi..gaul kejap hingga rata.  Untuk kaler hitam manis tu, daku guna kicap manis Adabi..kicap pilihan daku ni memang sedap. Bubuh la banyak mana, terpulang pada anda.  Masak sampai daging tu lembut, boleh la diangkat dan hidangkan..Sekian..


12 ulasan:

  1. Lumurkan sukahati! hahaha
    Daging masak hitam ni mmg antara lauk faveret saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaa..tau tak pa DZ..nak daku guna ayat skema..tak normal pulak bunyi nya nanti

      Padam
  2. kak... saya kan paling tak suka daging masak hitam.. hihihihi... Kalao pergi makan kenuri kan bila ada daging masak hitam ja mesti saya macam arrrghhh .. saya lagi suka daging kurma kak ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke,dik...kan selera tekak lenlain.

      Padam
  3. rupa tak penting sangat...yg penting rasa.. haha.. janji sodappp kan sueee...? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Atie..abaikan kehitaman tu..janji makan rasa sedap

      Padam
  4. aduhh...terliur nnaaa mek nangga daging itam ya kak..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi, Niesa bha polah gik nun, sebelanga cukup eh..hihii

      Padam
  5. Balasan
    1. mmg sedap..kena lagi bahagian daging lembu yang lembut

      Padam
  6. Favourite farah nie Daging masak hitam.. =D

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih