Nangka Muda Masak Belacan

Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam.  Hari ni Sue Bee nak share resepi mudah sayur kampung.  Siapa tak pernah cuba nak makan nangka muda, boleh lah cuba resepi ni, okey.  Ada jugak la yang minat makan masak lemak, tapi tekak daku, benda yang lemak berkrim cam ni, tak rajin sangat..pulut durian berkrim, boleh dimaafkan..hehehee!!!
Sayur nangka muda masak belacan yang daku buat ni simple saja bahan tumisannya.  Anda hanya perlukan sesudu belacan dan 3-4 ulas bawang putih.  Tumbuk lumat pastu tumis hingga wangi, masukkan nangka muda tadi, gaul rata, tambah air sikit-sikit..sebab sayur ni masak dia menyerap air banyak.  Nak pastikan ianya masak ke belum?.. Kalau sayur nangka tu dah mula lembut dan biji mudanya mudah terlerai dari isi, kira dah boleh angkat lah tu.  Jangan lupa perasakan dengan garam atau bahan perasa sikit.
Foto bulan April lepas...lama dah..hehee..cam ni rupanya kawasan Kuching bila dilihat dari atas..Sekian

25 ulasan:

  1. wah sayur nangka muda masak belacan, tak pernah cuba ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba masak sayur ni nanti, FW..sedap kalau tumis ngan belacan

      Padam
  2. Oh... kalau di semenanjung yg biasa memang masak lemak atau gulai SB
    Lain kalilah kakak cuba resepi SB ini. Mudah pun kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak Zakie..selalu jumpa nangka masak lemak kat internet

      Padam
  3. wah.. kalo letak belacan mmg selalunya sedap la kan,boleh cuba ni..tapi susah skit nak dpt nangka kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Imie?..biasa nya ada jual kat market sayur..agaknya pokok nangka kat tempat imie tu takda kot..

      Padam
  4. waduhh..ini pun peberet daku ni Sue.. sllu mak yang masak kan.. haha.. lepas ni kena belajar sendiri lah masak.. tgk sue masak, sonang jak ni...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiseh Atie..senang jak molah iya..nak bercarik nangka di wet market tok payah dikit

      Padam
  5. Tak pernah try masak camni...selalu masak lemak jak ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau gitu, boleh try masak belacan..lagi banyak belacan, lagi sedap

      Padam
  6. owh Ros tak pernah makan masak macam ni. selalu makan yang mak buat, gulai nangka campur ikan bilis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. gitu ros..ikan bilis tu tumbuk lumat ke atau seekor- seekor?..

      Padam
  7. Memang masakan mudah betul ni SUe Bee.. boleh dicuaba nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau tak pa CH..awak pejam mata sebelah pon boleh masak ni nangka..

      Padam
  8. Nampak mcm sedap jer... nak kena try nie..=D
    Rindunya nak blk kuching...tapi husband x nak blk kg dia tahun nie.. tahun depan katanya..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hubby MS ni org kch rupanya ya..lauk simple ni mmg sedap

      Padam
  9. Yg biasa saya makan, nangka masak lemak...dicampur nangka pada masa lemak ada daging ..hihihih...tak pernah pulak rasa yg masak belacan ni..boleh la minta wife saya cuba...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la cuba resepi simple di DZ. senang saja masak tu

      Padam
  10. Suka gak gulai nangka..sedapnya mkn dgn samabl belacan.. (^_^)

    BalasPadam
  11. Mudah je buatnya... nmpk sedap... tapi saya xmkn nangka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh gitu..tak makan nangka? nangka masak pun tak makan ke , Nora?

      Padam
  12. selalu nangka muda masak lemak jer Sue Bee..ni resepi baru ni

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih