Nasi Briyani Maggi

produk maggi
Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam.  Ni nak share tips untuk anda yang gemar guna perencah instant..Bila belek resepi nasi briyani yang guna original rempah segala tu, lemah kepala lutut mama, nak oiii!!.. Tapi jangan la ada yang buat kesimpulan, perencah instant hanya untuk orang yang terkurang rajin, okey.. Dah cukup memudahkan kerja, nak cari apa lagi..lain la kalau memang pro masak briyani. Tabik hormat.

Untuk perencah nasi briyani Maggi ni, Sue Bee tak ikut pon langkah-langkah memasak kat belakang paket tu.  Sebab kalau diikut sangat, alamatnya..nasi briyani tak masak sepenuhnya.  Pernah berlaku ni semasa kali pertama cuba masak briyani.  Jadi apa yang anda perlu buat..
1. Masak nasi kosong tu dulu..bila dah masak, leraikan guna garpu, jadi nasi anda nanti tak lah berketul-ketul.
2. Panaskan minyak sapi secukupnya, guna api paling perlahan, tumis perencah briyani kejap pastu masukkan potongan ayam, gaul, tutup periuk dan biar ayam tu masak.  Jangan besarkan api dikhuatiri nanti perencah briyani tu hangus, tak sedap.

Daku guna minyak sapi..aroma memang sedap
3. Bila ayam tu dah nampak masak, masukkan nasi tadi dan gaul hingga sebati, boleh dicampur dengan esen ros jugak, kalau nak.  Bila dah sebati, masukkan nasi briyani tadi ke dalam rice cooker dan tekan mode 'cook' atau 'warm'.  Terpulang pada memasing,okey. Selamat mencuba.

Dah campur semua dalam kuali, masukkan balik ke dalam periuk nasi dan boleh lah dipanaskan semula..
Makk aiii..sapa mpun sedara tok, ambik balit oii..hahaa!! Ni patung yang ada kat Toys Museum.  Gelik nyawa mek nga tok ehh..Sekali tengok, dendaun dalam pasu tu sebijik cam rambut dia ,kan..FYI aktivit bw terbantut seminggu dua..kabel tepon kena kebas lagi..ayooo!!!.. Guna porta wifi pulak rasa macam merangkak kat padang pasir pula dah..mintak maaf banyak2 mana-mana blog yang Sue Bee tak jenguk,k..Sekian.


9 ulasan:

  1. Menarik ni SB! Sesuai utk saya yg tak mahir masak juadah2 begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann...semua dah tersedia bagi memudahkan kerja memasak

      Padam
  2. Boleh cuba nanti nti ni Sue.. sebab mmg angkat tgn klu ikut resepi yg original..byk sgt bahan.. hahaha..
    erkk..patung tok menyerammmkan.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. SB lagi la give up bila tengok resepi yang guna rempah original ni, Atie..haha

      Padam
  3. senang jugak ni..tak pernah lagi cuba kalo rencah yang instant..
    lagipon nasi rumit2 ni malas nak buat..hahahaaa..pasni bleh try..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau tak pa Zee..harus di cuba buat lepas ni, ya..

      Padam
  4. Halo Pecinta Masakan! Gabung yuk!! di myTasteIndonesia.com!!!

    Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami. Tambahkan blog Anda di link ini: http://www.mytasteindonesia.com/tambahkan_blog_anda

    Bila ada pertanyaan jangan sungkan untuk hubungi kami di:
    info@mytasteindonesia.com

    Terima kasih,
    Salam myTaste Indonesia,
    Immanuel Kabuhung

    BalasPadam
  5. sudah ada perencah bolehlah saya cuba2 nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk lebih memudahkan kerja kita memasak ni..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih