Periuk Magik

Salam sejahtera para blogger dan pembaca sekalian alam. Ni nak share resepi masakan paling mudah..itu pun kalau rajin.  Kemain lagi tajuk entry kali ni, periuk magik katanya.  Sana-sini guna perkataan magik..magik la sangat-sangat Cik Non.. Tayang kejap PERIUK MAGIK daku..huahuahuaa!!!..
TAAADDAAAA!!!..
Abaikan kehitaman kehenseman luaran periuk magik tu.. Sebenarnya, daku goreng ikan keli guna periuk magik ni,tau..ahhaaa!!!,,,ikan keli sambal cili woooiii..sedap tak terhingga.  Dikhuatiri nanti kena tembak minyak panas-panas, so kena tutup sikit atas nya tu.

Ikan keli segar dari dalam periuk magik terus ke atas pinggan. Mengancam jiwa dan raga serta perut yang tengah berkeriut mintak diisi..
Ikan keli sambal cili daku buat ni simple sangat. Tak sesuai untuk orang yang terlebih rajin,okey.  Lepas ikan keli tu digoreng garing menggunakan periuk magik sesangat , potong halus bawang putih dan bawang merah..lagi banyak lagi sedap.  Goreng hingga kuning lepas tu masukkan chili flakes setengah sudu makan.  Daku guna chili flakes yang pakcik Giant supermarket tu jual.. Lepas nampak garing, masukkan balik ikan keli goreng tadi, perasakan dengan garam dan pak Ajino sikit, cukup rasa, boleh la di angkat dan hidang dengan nasik panas..
Yang ni pula projek membesikut daku minggu lepas untuk salah satu taska kat Kuching.  Untuk itu harus lah menjiwai bebudak jugak lah time daku buat cookies ni, huehuehueee!!..
Assorted cookies yang penuh dengan senyuman ehem ehem dari dapur Sue Bee. Sekian :)





20 ulasan:

  1. projek membiskut tu menarik dan comel...lama dah tak singgah sini, selamat hari raya SB, maaf zahir batin... sorry, quite busy lately...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat raya jugak untuk awak..mommy mmg sentiasa busy :)

      Padam
  2. comelnyee biskut tuuuuuuuuuu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk bebudak,kena kasi kiut miut

      Padam
  3. memudahkan kerja dgn periuk ni ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah nak goreng ikan sebenarnya tu..hihi

      Padam
  4. Balasan
    1. ikan ke biskut yang comel tu FB?..hehee

      Padam
  5. berkenan le tengok biskut tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan UA..SB sendiri pon suka kat cookies ni,tau

      Padam
  6. Mmg magik piyuk boleh goreng ikan...rasanya lagi sedap kot sbb masak tertutup..semua terperangkap kt dalam..

    psstt mmg unik piyuk magik SB hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau tak pa, PG ..piyuk magik SB lain dari yang lain..hahahaa!!

      Padam
  7. uiks! guna periuk tok utk goreng ikan keli??? haha.. OK jgk idea sue ni.. boleh lah kan nak elak minyak meletup...haha..betul2 magik bah sue... hhaaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. magik la sangat tu Atie..hahahaa!!!..esok2 boleh la ktk mempraktikkan periuk magik tok di dapur nu..

      Padam
  8. amboii..periuk magic yer..hehehe...best Nampak ikan cili tu..hehe..xper simple..asalkan sedap.....biskut tu pun comel sungguh..mesti excited budak2 kat taska tu kan =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. elo, MI,..piyuk magik SB lain dari yang ada kat pasaran..hahaa!!..

      Padam
  9. Tak pernah lagi guna cili flake tu SB..... sedap ke SB?
    Ohhh mmg sangat menjiwai sungguh tu SB...tengok cookies tu pun dah nampak bebudak taska

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ :) chili flakes tu cili kering yang dikisar kasar-kasar,OKje..SB bukan apa, senang keja mak,tak yah kluar hingus bila kisar cili..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih