Resepi fondant marshmallow

fondant untuk kek
Salam sejahtera blogger dan pembaca sekalian alam. Kembali bersiaran setelah lama tak update blog dengan entry masak-masak.  Ni nak share cara dan resepi buat fondant marshmallow.  Daku dah banyak kali buat marshmallow fondant ni.  Senang untuk senaman tangan dan bahu. Boleh berpeluh dibuatnya,tau..
Memula kita gi beli marshmallow plain. Daku suka yang ada perisa vanila..lebih ori rasa berbanding dengan yang kalerful..lagi satu kalo guna yang plain punya, korang boleh bubuh kaler apa-apa saja.  Jika tersalah beli yakni kalerful punya, simpan untuk makan sendiri saja,tau..hihiii..sedap bha!! Daku guna lebih kurang dalam 150gm gitu
ishhh...apsal la senget..
Cairkan marshmallow yang dicampur dengan 5 sudu makan air sejuk.  Guna microwave pastu set kepada medium heat, timer lebih kurang dalam 2 minit.  Dalam pada ia mencair tu, kena selalu keluarkan sekejap, gaul-gaul pastu masukkan  balik ke dalam microwave oven,okey.  Peringatan..jangan gaul marshmallow yang panas-panas  guna spatula getah. Dikhuatiri nanti spatula getah anda akan rosak dan menjadi keras.  Belajar dari pengalama daku sendiri..habih hancuss spatula kesayangan.  Lepas ni, guna senduk stainless steel lagi bagus.
Marshmallow yang dah sejuk sikit tadi, dituang ke atas gula aising lebih kurang dalam 180gm-250gm.  Guna segala kekuatan yang ada untuk menguli doh tersebut.  Berhenti menguli jika doh dah elok tak melekat macam dalam foto kat atas tu. Sekian dan selamat mencuba..
Salah satu hasil keras tangan mengerjakan doh fondant..lalalalaa...




22 ulasan:

  1. wah cantiklah bila dah jadi kan Sue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg cantik buat hiasan cupcakes dan kek tu,kak

      Padam
  2. Balasan
    1. dah jadi nanti, boleh share fotonya kat blog, ya Nureen..

      Padam
  3. Pandainyaa bua marshmallow....cantik !

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq,NN.SB buat fondant saja.marshmallow tu kilang yang buat

      Padam
  4. jual kat kedai bakery ke sue

    BalasPadam
    Balasan
    1. fondant yg jual kat bakeri tu jenis yg guna gelatin, PB

      Padam
  5. Sudah dapat ilmu pagi ni....Yeay mak dah tau nak buat fondant......tp buatnya entah bila haha.... terima kasih SB....

    BalasPadam
  6. Nak buatkan cupcakes minion utk Anak..bolela try nnt :)

    BalasPadam
  7. Blh ke buat double boil marshmllo tu...sy xde microwave...bpe lama blh tahan fondant ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Anis. Boleh guna double boil tapi hati-hati yer..benda tu sangat panas..

      Padam
    2. oh yee.. fondant ni simpan dalam cling wrap, kemudian letak dalam bekas kedap udara ianya boleh bertahan 1-2 bulan. Jangan letak dalam peti ais

      Padam
  8. tq....minta halalkan nak tiru resepi ye

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih