Agar-agar lapis

Salam sejahtera.  Seperti yang daku janjikan..taadaaa!!.. Nak share resepi agar-agar lapis mudah dari dapur Sue Bee.
20gm agar-agar tali
200gm gula
1000ml air
200ml susu cair
Cara-cara
1. Campurkan air, gula dan agar-agar tali. Masak hingga agar-agar tali hancur, guna api sederhana.
2. Setelah hancur, tapis agar-agar tadi dan masukkan susu cair. Gaul.sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan mengeras.
Untuk lapisan kedua, guna sukatan dan cara seperti diatas tetapi abaikan susu cair. Gantikan susu cair dengan dua sudu makan perisa pilihan masing-masing. 
Sebelum menuang lapisan kedua, cakar guna garpu permukaan agar-agar bersusu supaya lapisannya nanti melekat elok. Kemuadian boleh lah dituang dan sejukkan.

6 ulasan:

  1. Cantiknya warna agar-agar SB!

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. silakan mencuba resepinya, Anum

      Padam
  3. Macam simple tapi part nak buat 2 lapis tu yang saya tak mahir sangat. Huhu.

    Hye, Esgesee menawarkan harga yang berpatutan terutamanya kepada pembeli borong, peniaga pakaian mahupun agent dropship

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih