Kek Minion

Rasa lemau, merangkak blogwalking, hangin M satu badan melanda. Semenjak kabel telefon TM di curi habis-habisan, semangat berblog makin layu sunyi sepi makin bersawang.  Nak hupdate apa?? Kabel telefon sepanjang jalan habis disapu!!.. Ingat kita guna free ke?  Kang ada hari korang pencuri mati terbelit kat kabel telefon tu, nak tak? Biar padan muka!!..Mohon jangan terasa, daku tahu kengkawan blogger semua orang baik-baik.  Pencuri kabel telefon tu buta IT, tak reti guna internet tu pasal la tak rasa bersalah masa curik kabel telefon. Okey dah cukup luahan daku blablabla..
cakes,kek birthday minion
Lagi entry tertunggak, sekarang kek ni pon dah habis. Alkisahnya daku buat kek minion ni untuk anak bongsu daku yang baru masuk 5 tahun bulan lepas.  Dia ni sebenarnya suka kan watak ELMACHO dalam Despicable Me..yaaa ampun, mama tak reti nak buat kek bentuk si ELMACHO tu..hahaa!!..Bukannya kiut pon watak si ELMACHO tu, entah apa yang dia suka sangat tengok..perut boroinya tu kot?.
Tu dia lapisan dalam kek Minion..Sebenarnya daku guna kek rainbow sebagai isi.  Resepinya sangat-sangat senang..

250gm mentega
220gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
150gm gula halus
4 biji telur gred A
6 sudu makan susu cair
1 sudu teh esen vanila
pewarna

1.Gris acuan 6inci, lapikkan dengan baking paper, panaskan ketuhar ikut kesesuaian.
2.Pukul mentega dan gula hingga berkrim dan putih. Masukkan telur satu satu sambil terus di pukul.
3.Masukkan tepung sikit-sikit, diikuti dengan susu cair dan esen vanila.
4.Bahagikan sama rata kepada 3-4 bahagian dan warna ikut suka.
5.Bakar pada suhu 130C selama 20 minit atau hingga masak.  Suhu ketuhar kena adjust mengikut kesesuaian.
6.Hiaskan ikut suka hati.
(sumber: RAHELblogspot)..Terima kasih banyak :)

Dah lama sangat la daku tak main tempek-tempek buttercream ni. Abaikan tudung periuk cap kucing sebagai alas kek tu. Hilang la sikit skill melepa ni..hahaa!!..
Sepotong cukup untuk mama yang tengah berusaha keras menternak lemak ni, ya nak.. Untuk resepi buttercream ni, daku guna resepi mudah ni :-

100gm shortening
200gm krimwell
100gm air gula (200gm gula + 100gm air = didih hingga gula larut dan sejukkan dulu)
Pukul semua bahan di atas hingga kembang dan kental.

Kek Rainbow katanya..rainbow la sangat2 sebab daku letak 3 warna saja.  Kalau ikut resepi adunan kat atas tu, memang sikit hasilnya. Kek Minion tu pon daku guna loyang 5 inci.. Nak ikut kata si bongsu tu, sayang nak makan mata si Minion tu. Simpan hingga semuanya habis baru dia nak makan matanya..adakah?..hahahaa!!.. Aok ajak la, janjinya bahagia. Abaikan hiasan buttercream yang langsung tak pro tu,okey..





10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tq, FW. Time makan pon terasa kecomelan..

      Padam
  2. Cantiklah....untunglah ada mak pakar buat kek weyh .....dapat jer kek yg dihajati hihi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi OKje..hajat buat kek muka si ELMACHO tu mmg tak dpt dipenuhi..seram daku..hahaa!!

      Padam
  3. sedapnya kek minion...pencuri kabel tu pasti terima blsnnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi PI..resepi dari blogger Rahel ni mmg sedap..harapan SB mmg gitu jugak..tak sekarang,esok esok tu pasti

      Padam
  4. salu na juak kabel area takurang di curik oo SB...belum penah kena tangkap karan kali pencurik ya..

    kiut ada jak kek Minion ya..kmk mun ngga buttercream ising warna biru camya alu teringat kisah makan kek orang kawin masa balit Miri ariya, terlalu biru ising ya kita makan alu biru gigi, dah la sik prasan...skali bergambar selamba jak nayang gigi..hahahah...dah balit ruma ngga balit picture ya, leput2 tetak ngga gigi biru hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi sofea..dlm tahun tok ajak nang dah lasak palak kata orang kita diat kabel tang tiba2 jak di toreh orang. Aising kek orang kawin sik nya alang2 kaler iya..sik kedak gigi ngutik ka udah mun diat lam foto iya?..wakakaaa!!..

      Padam
  5. selalu sangat kes curi kabel ni jadik kan Sue.. di sini pun sama..balik2 di curi... huhu..
    sedap nampak kek minion tu.. menjadik jgk rainbow tok..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Atie pon tau camana rasanya geram sbb kita bayar tetiap bulan untuk guna streamix tu

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih