Kek Lapis Coklat Cheese versi bakar

Salam sejahtera. Kek lapis coklat cheese versi bakar dari dapur Sue Bee seperti yang dijanjikan telah tiba. Mintak maaf banyak2 sebab terlalu lama sudah diperam menjadi jeruk udah ni resepi.  Sik da masalah lain tapi KENAK la ko tenet..payah na kamek mok post apa-apa diblog tok aihhhh.. Mok blogwalking nang sik pat nak kayo-kayo gik.. Sabar wahai hati..huhuhuuu!!..

 225gm mentega
100gm gula halus
1 sudu makan ovalette
5 biji telur gred A
85gm serikaya
125gm susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
175gm tepung kek
80gm horlicks
20gm serbuk koko
125gm cream cheese philadelphia
1. Pukul mentega, gula dan ovalette (hi speed) hingga putih berkrim.
2. Masuk telur satu satu sambil terus dipukul (low speed).
3. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanila. Gaul rata.
4. Masukkan tepung dan pukul sebati.
5. Bahagikan kepada 2 adunan sama banyak.
6. Satu bahagian campur dengan horlicks dan serbuk koko.
7. Untuk bahagian cheese, ambil sedikit adunan dan pukul sebati dengan cream cheese. Bila sebati campurkan lebihan adunan plain tadi ke dalam adunan cheese dengan cara kaupbalik guna spatula. Cara ini dapat mengelakkan kita terlebih pukul adunan
8. Panaskan oven terlebih dahulu dan sediakan loyang  6 inci,lapik dengan baking paper. Tepi loyang tu tak perlu sapu mentega.
9. Bakar lapisan adunan coklat pertama guna api atas bawah mengikut kesesuaian oven masing-masing.
10. Untuk lapisan kedua dan seterusnya, guna api atas sahaja.
SELAMAT MENCUBA!!..

12 ulasan:

  1. sedapnya kek ...problm internet ni mnyusahkn betul ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PI..talian streamix pon dah potong.rugi bayar padahal line tenet langsung takda lepas kabel kna curik tempohari.

      Padam
  2. dah ada resepi nya Sue, suatu hari kaknoor nk try lah mesti sedap sangat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba,kak Noor..guna loyang kecik saja,ya..sikit adunan nya tu

      Padam
  3. Balasan
    1. Nang susah lah nak molah lapis tok.mun ktk mok, campur jak semua adunan,.lebih kurang kedak kek marble, kak ya kitak kukusnya 1-2 jam gia.

      Padam
  4. Cantiknya kek lapis SB. Satu hari nak trylah. Thanks SB share resepi ni :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih