Sayur bendi simple

Salam sejahtera.. Dapur Sue Bee kian menyepi sejak kebelakangan ini..daku sibuk atau buat-buat sibuk. Ni daku nak share cara simple masak sayur bendi. Ada orang itu kann,kan.. geli geleman dengan sayur bendi sebab bila di masak, keluar lendir..hihihiii!!... Geli la tue, ya..
Petua paling senang supaya tidak berlendir, okey cenggini, sini atuk nak ceta sikit..yoolatuee. Seyes wokey.. Langkah pertama, sayur bendi kena cuci bersih-bersih, toskan kering,. Kalau tak nak tunggu lama sangat kering, lap guna kitchen towel atau tisu dapur yang sesuai gitew. Lepas tu boleh lah dipotong. Part nak masak sayur bendi ni SATU HAL.  Guna minyak lebihkan la sedikit,okey.. masukkan perencah mengikut citarasa sendiri.  Kalau daku lagi senang guna hirisan bawang putih saja. Tumis hingga wangi, masukkan potongan bendi dan JANGAN BUBUH AIR.. haaa!! tu dia tips bagi mengelakkan sayur bendi anda mengeluarkan lendir tu. Diharap tips mudah dari Sue Bee ni sedikit sebanyak membantu anda. Sekian.

6 ulasan:

  1. Kakak tak kisah yg berlendir ke tak kalau kacang bendi memang kakak suka
    Tumis-tumis tak bubuh air macam inilah yg kakak selalu buat. Letak udang kering pun sedap:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi sedap kak kalau campur dengan udang kering

      Padam
  2. ada yang kata letak asam keping sekeping...takde lendir jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu,Ann?..okey, pasni SB nak try jugak sbb tak penah dengar petuanya.tq

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih