Baulu Telur mudah

Salam sejahtera. Ni entry baulu telur mudah yang pertama daku dalam tahun ni. Mintak maaf sepinggan cik ahkak..yela macam biasa entry baulu tahun lepas pong daku tak da guna acuan baulu. Ni sama jugak la jawapnya..hehehe!!. Daku guna papercup,wokey.. Jum tengok resepi baulu telur mudah dari dapur Sue Bee.

5biji telur gred A
170gm gula kastor
Sedikit esen vanila
160gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Cara-cara buat :-
1.Pukul telur, gula dan esen vanila hingga kembang dan putih selama 10 minit pada kelajuan tinggi.
2.Perlahan kelajuan mixer dan masukkan sedikit demi sedikit tepung dan serbuk penaik hingga kesemuanya sebati.
3.Alas loyang kek cawan (saiz paling kecil) dengan paper cup. Masukkan satu sudu makan dan buat hingga adunan habis.
4.Bakar baulu guna api grill atas dan bawah pada suhu 140°c selama 15-20 minit atau bergantung pada suhu oven memasing.
5.Sediakan secawan teh atau kopi, kendian bolehlah kita minum pagi dengan baulu telur itu tadi..yyeeaayyy!!!!

Abaikan proses langkah ke-5 tu..hahahaaa!!!... Sekian.

6 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih