Cheese Tart Mudah

western food

Salam sejahtera. Ni nak share gambar dan resepi cheese tart paling senang nak buat..sedap kalo makan fresh dari ketuhar. Untuk kulit tart yang rangup, ni ada resepinya. Daku cedok dari BLOG KAK CITARASAWAN, terimakasih banyak ya kak Wan.
250gm tepung gandum
120gm mentega
40gm gula aising
1biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Cara buat kulit tart :
Ayak tepung dan gula aising, lepas tu masukkan mentega, kuning telur dan esen vanila. Daku gaul dan uli guna tangan saja hingga sebati. Lepas tu bolehlah di terap ke dalam acuan tart. Bakar selama lebih kurang 12-15 minit pada suhu 120°c atau bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk filing cheese, memang mudah nak buat. Anda perlukan -:
250gm krim cheese -suhu bilik
50gm gula kastor
1 biji telur gred A
Sedikit esen vanila
Cara buat inti cheese, pukul semua bahan tu hingga gebus dan putih. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam kulit tart yang dah masak tadi. Bakar sekali lagi selama 10 minit. Tujuan penggunaan piping bag tu adalah untuk memudahkan kerja mengisi inti ke dalam kulit tart. Kalau takda piping bag, guna sudu pon boleh  :-) . Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih