Cheese Tart paling sedap

Salam sejahtera. Minggu lepas, minggu menternak lemak..ohooo!!.. Cheese tart paling sedap yang pernah daku buat dalam abad ini..sesuai dengan tekak yang memang inginkan kelemakan keju seketul..hahaaa!!! Sikit lagi boleh la daku tukar saiz pinggang seluar jeans,wokey.
Untuk resepi inti cheese tart paling sedap (dan mahal,kot??).. cuba resepi yang daku guna ni..

250gm  cream cheese philadelphia
60gm gula halus
1 biji telur gred A
1. Cream cheese haruslah dalam keadaan room temperature..satukan semua bahan diatas dan pukul hingga sebati, putih, kembang dan licin...hamboi ayat kemain..
2. Untuk memudahkan anda, masukkan krim tadi ke dalam piping bag dan gunting hujung sikit. Tak perlu besar sangat.
3. Paipkan ke dalam kulit tart. Bakar cheese tart guna grill api bawah sahaja pada suhu 120°c selama 10-14 minit atau bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kalau nakkan rupa inti yang mengembung seperti dalam foto, haruslah muncung piping bag tu di hala ke dalam kulit tart dan bukan di atas permukaannya. Lagi satu, jangan kedekut sangat dengan inti..isi cetek sangat, nanti takda ummpphhh!!!.. Tak rugi pon sebab sendiri jugak yang makan..huehuehueee!!!..Sekian.
JANA PENDAPATAN LUMAYAN SECARA ONLINE DISINI

8 ulasan:

  1. SueBee, tengok rupa tat yang cantik-gebu-berseri-seri tu, tergoda saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gebusss, kejap ja dah abis, Farrah..

      Padam
  2. hai Sue. kembong nya tart ni putih bersih mulus lah takde deco cantik kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Noor..SB ni bab deco2 agak keras tangan sikit.plain cenggini pon boleh

      Padam
  3. huih mmng penuh isi nye tu mau puas mkn nye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa, Kopi..puas hati makan tue

      Padam
  4. sedapnya la cheese tart..rajin mkn jer tapi tak rajin membuat ...hmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin nak melayan anak tekak sendiri dan anak2,DP..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih