Mini pancakes

lempeng
Salam sejahtera.. Entry resepi pancakes pertama daku dalam tahun 2015 ni. Sila kan mencuba sebab mudah sangat sebenarnya buat pancakes aka lempeng.
100gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Secubit garam
1 sudu makan gula halus
1 biji telur gred A
100ml susu segar/susu cair
1 sudu makan minyak masak
Cara masak
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan sebentar.
2. Satukan gula, telur, susu dan,minyak masak. Kacau dengan senduk hingga rata.
3. Masukkan bahan diayak tadi sedikit demi sedikit sambil terus dikacau hingga sebati dan tidak berketul.
4. Panaskan kuali leper non stick, ambil sesudu makan adunan dan tuang ke dalamnya. Pastikan jarak antara penkek tidak terlalu dekat antara satu sama lain.
5. Balikkan apabila permukaan penkek kering dan berbuih.
6. Hidang kan bersama madu, jem buah atau mentega.

10 ulasan:

  1. akak buat mcm mana? cantik la..sy buat jd hangus..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna non stick pan dan api hendaklah kecil / sederhana bagi mengelakkan ianya hangus. selamat mencuba

      Padam
  2. shomel nyerrrr pancake ni kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpa,dik.. kita guna sukatan sudu makan saja.

      Padam
  3. nmpk sedap pulak pancake ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap bila disapu dengan mentega, jem buahan atau susu pekat manis

      Padam
  4. menariknya tengok pankek sue bee, gebu dan nampak lembut jer...selalu saya buat pankek guna tepung segera dlm kotak, tinggal bancuh dan masak...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi mudah tu, DP..lebih lagi untuk yg selalu tak cukup masa untuk cari bahan bagai.

      Padam
  5. Hai.. Sue bee, saya dah try resepi kek span sue bee.. Memang menjadi. Tq ye..
    saya juga masih mencari resepi mskn mudah kek keju salji dr sue bee pulak. Ada ke resepinya? Saya jadi percaya resepi dlm blog ni krn menjadi kalau dicuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq,dik. Kek keju salji, akak belum penah buat lagi..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih